Sunday, December 30, 2012

Mengalah

Setelah sekian lama aku menyepi, baru kuar satu post baru, haha,, sekarang ne aku busy yang amat, huhu,, biasa la, keja kan, dari sekecik-kecik kerja sehingga sebesar-besar keja, semua aku kena wat, pergh,, macam orang berpangkat besar je kan, haha,, bukan la, aku ne biasa-biasa je la, aku ne baru je nak keja,  so kena wat semua perkara la yang disuruh oleh pihak atasan, baru dapat belaja benda baru, aku bukan nak cite pasal kerja aku, aku sekarang ne nak cerita sal benda laen, .

Aku nak cite pasal mengalah, haha,, sepanjang aku idup ne kan, ak rasa aku la orang yang paling banyak mengalah atas dunia ne, ayat xleh bla langsung kan, bajet aku ne adalah manusia yang paling baek la atas dunia ne.. haha,, bukan itu maksud aku,, dalam setiap perhubungan mesti ada yang mengalah, so dalam perhubungan aku, aku la mangsa yang selalu mengalah, haha, 


Dalam perhubungan, tak boleh semuanya nak menang, kena ada tolak ansur dan paham antara satu sama laen, haha, pergh dah jadi pakar motivasi lak, mengalah xsemesti nya kalah, semua yang berlaku ada sebabnya, haha, macam aku dengan seorang dak ne, haha, perlu la aku bagi tau nama nya, dulu aku dengan dy rapat giler, tapi sekarang ne hubungan kami dah mula rengang, haha,, semua ini adalah gara-gara ada ego masing-masing, dan aku mengaku ego aku adalah paling tinggi dan aku try untuk berubah, haha,, still berusaha kerana tidak berjaya ag, 

Tak kira anda anak tunggal ke, anak bongsu ke, anak sulong ke, mengalah itu penting dalam setiap perhubungan. baru-baru ne aku menerima message dari seorang ne, dy minta aku untuk mengalah, aku cakap ok je, aku akan start mengalah and aku start new book, bila aku nak je buka buku baru. it's happen again, aku dah message elok-elok, tapi yang aku dapat adalah jawapan yang amat mengecewakan, nasib ko la wahai ANAK RAJA AUTA. haha,, zaman kegemilangan ko dah nak berakhir, haha,,

Tuesday, November 13, 2012

Dinner

Sunyi sepi aku punya blog sekarangnye ya, haha,, sory la kepada yang selalu skodeng aku punya blog, bukan aku xnak post sebarang entry, sekarang ne aku busy cikit dengan keja harian. huhu,,, al-maklum la orang suda berkerjaya ne, banyak la keja nak disiapkan, tambahan pula. company aku wat KPI lak. Ape korang xtau ape itu KPI, ape la korang ne, meh aku terang kan serba sedikit tentang KPI, KPI ne adalah "KEY PERFORMANCE INDICATORS". tujuan nye adalah untuk memantau prestasi pekerja, kalau dapat pekerja yang malas macam aku, so KPI aku rendah, kalu dapat pekerja yang rajin, tinggi la KPI nye, ada paham.. haha

Sebenarnya, aku nak cite sal dinner yang aku pergi baru-baru ne, ne adalah detail berkenaan dinner yang company aku wat.

TEMPAT : MATRADE Exhibition & Convention Centre,
TARIKH : 9 NOVEMBER 2012
TEMA : RETRO DISCO - 60's & 70's 
bila aku dapat tau tema dinner, aku termenung sebentar, haha,, ia la, zaman tu aku belum lahir lagi, so aku plan xnak attend event tu, huhu,, pasrah la, xtau nak pakai ape, pastu aku xde kenderaan nak p sana. aku ne kan baru je berada di kota metropolitan ne. so selok belok jalan kat KL ne belum aku ketahui lagi, kalau jalan nak ke BUKIT ANTRABANGSA, ZOO NEGARA, DANAU KOTA, dari UMAH aku tau la, haha,, tambahan pula aku ne kan budak baek, lepas waktu ofis balik umah je, haha,,, sebab tu aku BABYFACE. sebab aku BABYFACE ne la ramai yang jeles dengan muka aku, haha..

Masa bergerak dengan pantas, seminggu sebelum event berjalan, aku telah di offer oleh ofismate aku untuk p kesana dengan dy, aku pun ape ag, ok je,, bila dah ad kenderaan aku pun dengan ofismate aku pun plan la nak p cari baju nak dinner tu. tiap kali nak p cari ada je masalah yang datang menimpa, satu-satu masalah yang datang, huhu,,, yang paling menyayat hati aku adalah ofismate aku tidak dapat untuk menghadirkan diri ke dinner tu, so aku sekali lagi terpaksa cancel plan aku, huhu..

Pada hari jumaat (9 November 2012) iaitu hari kejadian, aku telah di beritahu oleh seorang ag ofismate aku yang aku boleh p dengan dy, aku pun happy la dapat p. tapi masalah nye aku xde pakaian, huhu,, pada hari kejadian aku balik awal dari ofis, haha,, ne la contoh pekerja yang dapat KPI rendah, hihi,,,, sampai je di rumah, aku terus buka almari, belek-belek baju, pastu terjumpa la baru petak-petak, tengok seluar lak, jumpa, so dah ad pakaian. ak boleh p dengan hati yang tenang, xpayah nak beranggan nak dapat best dress of the night la dengan pakaian dengan macam tu, aku p sana untuk enjoy je, have fun.


Sampai je sana, kami di minta ambik no untuk cabutan bertuah, no aku adalah 7398. banyak hadiah untuk dimenangi malam tu, kalau xsilap aku terdapat 350 hadiah untuk dimenangi, dari pukul 8 malam hingga pukul 12 malam banyak aktiviti yang dijalankan, makan pun best r gak, dan yang paling best no aku amat bertuah, aku memang camera nikon, bukan DSR k, haha,,, walaupun harapan aku adalah untuk menang trip ke OSAKA JAPAN, tapi tidak kesampaian. sedih hati ceq tapi xpe at least ak menang sesuatu, haha,, thanks kepada yang cabut nombor aku, haha,, malam tu aku sampai umah kul 1.30 pagi, enjoy punya pasal kan, hihi... enjoy giler malam tu.

NOTE :
aku xleh nak upload gambar dinner banyak ngat sebab bahaya, haha,,

Monday, September 17, 2012

Panggilan,,,,

Selamat Hari Malaysia, kerana hari Malaysia la aku dapat cuti hari Isnin,, haha,,. aku rasa masih belum terlambat untuk aku ucap kan, walaupun baru sehari berlalu, haha,, ape-ape pun yang penting aku bangga jadi rakyat Malaysia.. ini kerana Malaysia adalah salah satu negara yang aman di dunia, kalau ada pergolakan politik itu adalah lumrah bagi sesebuah negara, tol kan,, 

Sebenarnye bukan aku nak cerita sal HARI MALAYSIA, yang aku cerita td adalah sebagai pendahuluan je.. kalau bahasa arab ia di panggil mukadimah, haha,, ne baru nak masuk isi-isi nye, haha,, tajuk entry aku kali ini adalah panggilan, so mesti la panggilan yang aku terima sepanjang aku hidup selama 20 tahun ne.. hahaha,,, muda sangat kan aku ne, FYI, aku ne baru berumur 20 nak masuk 19, haha, korang bayangkan je la, hahaa.. aku cerita start dari aku kecik k, tapi sekarang pun aku masih kecik ag, haha,, nothing different, korang jangan jeles, sebab aku masih kecik la aku amat BABYFACE.. masa aku kecik, cik na dan cik wan selalu cakap yang orang selalu panggil aku ne anak cina, aku sendiri pun xfaham kenape orang selalu panggil aku macam tu, penah sekali masa aku naek LRT dari dari keja, ada orang cakap cina dengan aku, sebelum cakap dengan aku, dy tilik aku dengan teliti pastu terus cakap cina, ak wat muka blurrr,,, baru la dy tanya "can you speak chinese".. lawak... can u all help me??? hahaha kalau still xde jawapan, biarkan ia jadi misteri nusantara.


Next, panggilan yang aku terima adalah COMEL, haha,,, kalau masa berumur 7 to 10 years, aku boleh la terima yang aku ne comel, tapi sampai sekarang orang still panggil aku comel, aku pun konpius, tang mana nye comel nye tu pun aku xtau, pikir punya pikir, still ag xjumpa jawapan nye, haha,, aku siap nak upah orang untuk jawap persoalan ini, haha,, baek aku jawap soklan exam, dari aku jawap soklan macam ne, haha,, kalau soklan macam ne masuk exam, confirm aku fail,, haha,,,

Gara-gara sekeping gambar yang aku post dalam FACEBOOK aku, sekarang ne ramai orang yang panggil aku anak ikan, what the tetttttt.......... aku pun xpaham kenape????? napak ngat aku ad market kan, boleh jual ikan aku ne, kayo den,,, yang selalu panggil aku dengan panggilan ini adalah kawan baek aku masa aku belaja di university dulu, dy la tempat aku bergurau senda, tempat wat keja, tempat aku tiru assignment, aku ne kan PEMALAS, so tiru je la, haha,,, sebab gambar ne la,,


kalau nak ekot kan panggilan yang aku terima banyak tapi cukup la setakat ini dulu, haha,,, lastly, aku di panggil SEPET, haha,, aku tengok depan cermin, mata aku beso je, xde nye sepet, haha,, orang yang selalu panggil aku sepet adalah MOHD SOBREE dan MOHD SAIFUL HAWIS, haha,, dorang ne memang suka komen gambar aku pastu suka tulis sepet, haha, tu je la, stress aku,, aku tau la korang bermata beso, jangan la kutuk aku yang bermata xbeso sangat ne.. haha....

NOTE: 
ape-ape pun orang nak panggil yang penting aku adalah PRINCE AUTA,,,,

Saturday, September 15, 2012

1st Gaji

Aku penah post sal aku dapat keja kan, yang aku post dulu tentang perjalanan aku untuk mendapatkan kerja, hari ne aku nak cerita ape yang aku wat dengan gaji pertama aku, haha.. memang giler aku kan, orang nak cite sal gaji pertama bila dapat gaji tu kan, terus cite, ni x, dah berbulan baru nak cite, pe da... aku ada la sebab nye xnak cite awal-awal,,, haha,, sebenarnye saje je aku simpan cite ne, bagi hangat cikit. baru sedap, kita peram dulu, baru ia masak dengan sempurna.

Ramai orang tanya ape yang aku wat dengan gaji pertama aku kan, meh aku nak cerita. Gaji aku dapat pada 25 haribulan setiap bulan, untuk 1st gaji, aku bagi kepada Cik na dan Cik wan, pastu yang selebih nya aku wat enjoy, haha,, biasa la orang remaja beb,, aku p GAMBANG WATERPARK. kat sana aku p sana dengan kawan-kawan masa belaja kat UiTM dulu,, bila jumpa dorang baru aku tau yang dorang dah keja semuanya pergh,,, memang xleh bla r, kalah aku, aku ne hanya KERANI je,, haha,, ada member aku yang jadi BRANCH MANAGER. hebat x? ada yang jadi pegawai kerajaan, aku tumpang gembira untuk korang, dalam GAMBANG WATERPARK, aku beli la sedikit buah tangan untuk rakan-rakan yang berada di ofis sebagai tanda kenang-kenangan dari aku, pergh, haha,, bila berada di pahang tu, kami wat la BBQ, pastu siap shopping ag. aku bila ad duit kat tangan ne, banyak abeskan untuk shoping je, bukan untuk makan, haha,,,


Balik je dari gambang, kawan aku la ajak p SOGO, kebetulan masa tu ad sale, pergh,, shopping ag la aku, banyak gak yang aku shopping, sabar je la, nak wat macam mane kan, dah kaki shopping,, pergi sana beli barang, pergi sini beli barang, sib je barang yang aku beli tu xmahal so boleh la beli banyak, haha,, kawan aku beli barang yang mahal, so jumlah harga barang kami hampir sama cuma yang berbeza adalah kuantiti, kuantiti aku lebih banyak dari dy la, haha,,

selebih nya aku wat belanja la, untuk makan seharian, pastu tambang LRT, minyak moto dan yang paling penting adalah TOPAP, huhu,, aku xleh idup tanpa HANDPHONE yang tidak BERTOPAP, so setiap kali tamat tempoh, aku akan topap, setiap kali topap RM10 untuk satu HP, kalau aku ada 3 HP, bukan kah dah RM30 aku topap sekali gus, pergh... banyak kan, bayangkan sebulan aku topap berapa banyak,,, aku ne jenis suka topap je, guna nye xsuka sangat, haha,, pelik kan,,


Cukup je sebulan aku still ag dapat simpan dalam RM600 untuk bulan pertama, walau pun aku ne kaki shopping, aku still ag mampu untuk berjimat cermat. aku gak still ag mampu simpan duit untuk kegunaan di masa kecemasan, kita tidak tau bila kita perlukan duit, so masa kita mampu ne, jangan fikir nak enjoy je, fikir la juga masa depan,

NOTE:
Aku la kaki shopping yang berhemah dan pandai berjimat cermat.

Monday, September 10, 2012

Shopping

Sebenarnya, aku banyak cita nak share dengan korang cuma aku je yang malas nak tulis, haha,, macam mane nak ubah jadi rajin eyh, bila dah sikap malas ne lama berdamping dengan PRINCE AUTA, so makin susah nak buang, haha, ia macam bela saka la, kalau dah lama saka korang bela, makin susah nak tinggalkan ia, macam tu perumpamaan yang mampu aku kasi, haha....


Hari ne bukan aku nak cite sal saka, aku nak cite sal tips untuk shopping. haha,, aku nak korang yang baca blog aku ne jadi pembeli yang terbaek, baru korang tidak membazir je, haha,,, lagi pun sekarang ne dah nak hujung taun kan, makin banyak la Y.E.S yang akan berlangsung. untuk maklumat semua, rakyat Malaysia adalah antara manusia di dunia yang paling gemar membeli belah, korang tengok la sekeliling, paper beg shopping banyak kat umah, haha... ok-ok, aku nak mulakan tips aku, 

First tips aku adalah, bila p shopping korang jangan bawak kad kredit or debit or kad atm, just bawak duit cash je,, tujuan nye, adalah korang akan berjimat dari membeli barang-barang yang tak penting, maksud aku barang yang xpenting itu adalah barang yang korang nak beli itu keperluaan or kehendak, korang kena pandai bezakan semua itu. disamping itu, korang jangan bawak ahli keluarga yang ramai semasa shopping, just bawak manw yang penting je, yang rasa macam serabut je tinggal je kat umah, hahaah


Seterusnye adalah, lakukan pembelian keperluan secara sekaligus, jangan membeli secara sedikit-sedikit kerana ini akan menyebabkan kita sering ke kedai. tips ne pun agak penting, sebab bila korang selalu ke kedai, korang akan membeli barang keperluan tambah dengan barang kehendak, haha,, so makin banyak la duit korang akan abes, pastu korang gak perlu gunakan bakul semasa membeli belah berbanding troli. sebab bakul lebih kecik dari troli. lagi pun troli senang je, just tolak, bakul korang kena angkat sendiri, banyak guna tenaga, ceq tau korang ne jenis malas gak kan, hahaha....

Dua diatas adalah tips untuk orang tua, ne aku bak bagi tips shopping kepada budak-budak lak, haha,, yang ne paling femes la zaman aku kecik-kecik lu, "sampai sekarang pun aku still kecik" hahaha.. adik-adik dengar cakap abang tau baru senang dady and mumy nak beli barang untuk korang,,  kalau korang berkenan dengan baju or seluar kat kedai, korang kencing je dalam seluar, sebab bila korang mintak, mesti dorang akan bagi pelbagai alasan, so guna la cara ne, cara ne paling berkesan bila korang berada di shopping mall yang grand seperti PAVILION ke,, gerenti 80% berjaya, hahaa...


Tips yang terakhir adalah, bila korang nak barang tapi xdapat, ape kata korang berguling je kat tempat tu, kalau rasa malu nak guling, korang boleh duduk kat tempat tu, xpun korang tdo je, haha,, bila dah duk sana means berguling dorang akan sedaya upaya pujuk korang, korang mulakan kan operasi pujuk dorang lak untuk beli barang yang korang nak, tips ne mudah berjaya bila di shopping mall yang grand gak,, senang kan tips aku, haha,, antara tips di atas, aku penah wat, korang pk la ape tips mane yang aku wat, haha,, aku malas nak bagitau,

Saturday, August 25, 2012

Duit

Hari raya pun ada orang nak menyakitkan hati aku, ini la idup, haha,, tapi tak pe, kita idup ne ada karma, ape yang kita wat akan kembali pada kita balik. haha.. untuk entry ari ne, aku nak membebel je, ak nak jadi MAK JEMAH, ini kerana MAK JEMAH suka ngat membebel, tak tentu masa, mulut mesti bunyi je, xleh duk diam,


Kawan aku penah kena kot, kawan aku ne puan,, bila dah puan mesti hobi nye shopping,, memang orang puan suka shoping ke??? aku xtau la, haha,, one day, dy p kedai tudung yang terkenal di KOTA BHARU untuk membeli tudung raya, bila masuk je kedai tu, pekerja kedai tu wat xlayan je,, dy balik dengan perasaan sedih je, huhu,,, mungkin salah dy kot, nak p kedai yang terkenal kot, kena la pakai pakaian yang menampakan orang kaya, ne x, p sana pakai track suit, baju t-shirt, tudung biasa je. memang x layan la kan. pekerja kat sana mungkin xtau, duit yang kawan aku bawak mampu kot nak bayar gaji dorang. ini la idup sekarang, dorang tengok pada cara pemakaian kita je, kalau pakai baru yang ad nama cikit. layan terus,, orang yang pakai cikai-cikai ne, jangan kata nak layan, pandang sebelah mata pun xnak.. 

Hidup sekarang memang pentingkan DUIT je, makin banyak duit, makin banyak kawan. orang macam aku ne memang xde ramai kawan la, haha,, nak harapkan muka yang BABYFACE je, xdapet la,,, orang yang muka macam pecah umah pun ada ramai kawan asalkan poket tebal, tol x???? haha,, kalau sokong sila like, pergh, macam status FACEBOOK lak kan,,, haha,,, 

Aku ad seorang kawan yang agak berduit, dy ok je, cuma orang sekeliling nye agak xsuka aku berkawan dengan dy, huhu,, aku ne jenis banyak tanya bila aku tanya cikit kena sound, rasa macam terkawal la, walaupun aku bukan ahli keluarga dy, nak putus kawan macam sedih lak, masa dy sedih, dy susah, dy ada masalah, aku yang dy hubungi, walaupun aku tau setiap ape yang dy message ad yang baca, tapi aku wat bodo je la, orang yang baca pun dah jumpa aku kan, dah tau aku macam mane, so xkan ko xcaya kat aku lagi, pe da, walaupun aku xsekaya ko, aku xkan wat la benda-benda yang boleh menjatuhkan air muka cik na dan cik wan, macam semalam, aku try nak wat video call, tiba-tiba hp aku bergetar, itu tanda nye message masuk, tertera no yang aku tidak kenali, duk sound-sound aku, pe kes bro??? kalau nak wat aku macam ne, baek dari dulu ag ko sekat, xpayah kasi aku berkawan dengan dy, 


Ini yang susah bila berkawan orang yang high standard ne, kena jaga tingkahlaku, kena jadi sopan, aku ne bukan jenis yang sopan, aku ne jenis yang giler-giler, tapi belum sampai tahap untuk masuk tanjung rambutan ag la, haha,, kalu dah masuk sana, korang boleh la p melawat dengan bawa anggur, sebab aku suka makan anggur, haha,, kita tak boleh jadi diri sendiri bila berkawan dengan dorang. baek kawan dengan orang yang sama taraf, baru kita boleh jadi diri sendiri. ataupun berkawan dengan orang yang sudi berkawan dengan anda, berkawan memang kena memilih tapi jangan pilih dorang sebab harta, pilih lah sebab hati budi mereka, selamat beramal, hahaha

Wednesday, August 15, 2012

Pendam

Dulu aku ad minat kat seseorang ne, tapi biasa la, minat just minat je, tak leh nak melangkau batas nye, sedih x?? so pendam kan la segala perasaan. pergh, ayat jiwang sey, bukan selalu aku jadi jiwang kan, so bila dah jiwang ne, biar je la,, tengok je muka macam ne, tapi dalam hati banyak bunga yang sedang mekar,, bukan xnak luah kan perasaan tapi darjat yang memisahkan kita, pergh ayat, macam dalam cite antara 2 darjat, kita tidak setaraf, haha,,,

Tiap kali aku online FACEBOOK, aku mesti akan ke profile dy, tengok pe status dy, tengok gambar-gambar, haha,, tang gambar tu, bukan dy je yang aku tengok, semua kawan aku dalam FB aku tengok, sebab aku suka tengok gambar orang, aku mula kenal dy dari muka buku, macam laju Najwa Latif, cinta muka buku, haha,, jom layan lagu tu dulu, sebelum aku bercerita dengan lebih lanjut, 


dari sana kami makin rapat, amat rapat, tapi di sebab kan aku nye perangai yang giler-giler ne, dy mula menjauhi aku, haha,, iya la, aku ne bukan tau nak seyes pun, maen-maen je banyak, haha,, ayat yang paling senang nak cakap, NO KOMEN,

Selepas kejadian itu, aku cuba memperbaiki hubungan kami, setelah berusaha dengan lebih gigih, akhirnya aku dapat gak menyambung kembali hubungan yang terputus, kami bukan kapel k, haha,, jangan salah paham, tapi bila dah menyambung kembali ne hubungan kami tak seperti dulu susah cikit la, sebab at the same time, dy mula menyulam kasih dengan seorang insan,,

Dulu nak ajak kuar senang je, message je, mesti on je, sekarang ne, dy perlu mintak izin lu, sopan gitu kan, iya la, dah jadi milik orang kan, jangan derhaka, xelok,, haha,,, kalau x mendapat keizinan, xdapat la aku jumpa dy, haha,, bertapa susah nye nak kuar kan, kepada penbaca blog aku sekelian, nak kuar boleh tapi kalau boleh kuar la dengan orang SINGLE macam aku, haha, sebab kalau kuar dengan orang DOUBLE ne susah cikit, haha,,

Korang ada dengar tak iklan kat HOTFM, jangan cakap korang selalu dengar ................. korang isi la sendiri, aku memang selalu dengar HOTFM, kat sana ada satu iklan yang menyatakan, "semalam dy tabah mendengar luahan tentang bos, dy xtau sy bagi 10 markah, bila dah 100 markah, saya akan kawen dengan dy" romantik kan iklan tu, haha,, macam tu la aku, tapi aku bukan yang dapat 10 markah tu, aku tempat dy luahkan perasaan and masalah dy, aku suka dengar, ak xkisah, walaupun dy kejut aku kul 3 or 4 pagi, haha,, sayang nye pasal kan, haha,,,


29 julai ari tu kami kuar r, lepak-lepak, dari Times Square ke Sogo, pastu ke Pertama, last sekali ke KLCC, yang p KLCC tu dorang termakan pujuk rayu aku, aku pulak pilih sana sebab dekat dengan umah aku, senang aku nak bilik umah, aku amat pentingkan diri waktu itu,, kami kesana ber3 k, aku, dy, dan abang dy, so jalan-jalan r, aku and abang siap perli dy ag, selalu kena bahan je, haha, ape yang di bahan tu, biar la rahsia. aku nak shoping pun xjadi shoping, lupa bawak ATM CARD, nak pau dy pun tak dapat, aku rasa dy pun tak bawak ATM CARD. baek tak aku, kalau dy bawak mesti aku pau, pau kasut, baju, suar, and yang paling penting pau adiah besday aku, ceh wah, besday aku dah lama lepas,,, baru nak mintak ke??? muka xmalu betol kan,, haha

Siapa yang dapat dy memang beruntung giler, aku tak tipu la, dy akan sayang and caring orang tu sehabis baek la, aku tau, aku kan selalu dengar masalah dy, haha.. penah one day, orang yang dy sayang masuk wad, dy gelisah nye pasal, pastu p jaga orang tu, walaupun pada waktu itu dy juga tengah sakit, sib dy tak masuk wad sama, haha,, kalau x, sape nak jaga dorang, mesti aku yang kena p kan,, haha, aku kan orang yang baek hati lagi pemurah,

Tapi semua itu angan-angan yang xmungkin terjadi kan, haha, aku ne ibarat melukut di tepi gantang, so xde yang special bout me, that's all, haha last, dengar la lagu ne,, and paham-paham kan maksud nye, haha


NOTE :
aku just nak wish epi besday kat DY je,, haha,,, ari ne besday dy, malu nak ucap kat depan-depan,, haha. sebenar nye post ne dah lama siap, aku tambah-tambah cikit je, untuk penambah baik kan,, hihi

Sunday, August 12, 2012

Terasa

Baru-baru ne aku memerima satu message,, yang mengatakan bahawa nape aku punya entry semua nye epi-epi je, xde yang sedih-sedih ke,, tapi aku post mesti akan ada perkataan message. aku pun xtau nape orang selalu message aku, haha,, bajet hot la tu kan, ad orang nak message, sebenar nye aku xminat call, aku lebih suka message, huhu,,,

Dari aku mengarut panjang leber, baek aku masuk lorong balik, nanti bila dah melencong ke laen, susah nak kembali ke pangkal jalan, haha,, manusia mane yang takde masalah, tol x??? haha.. kalu aku nak cerita kisah sedih aku, 40 hari 40 malam la jawap nye, korang sanggup ke nak dengar, baek tak payah kan, haha,, t abes tisu kat umah korang, marah lak orang umah sebab tisu abes, korang nak p beli lambat ag, korang semua macam aku, pemalas yang amat, haha,, bukan aku xtau, lebih-lebih lagi PRINCE NOTY dan DAK BAJET MATANG, dorang tu memang orang yang malas giler, dah penat aku suruh, dorang wat dek je, haha,,,


Sebenarnye aku terasa dengan kata-kata seorang ne, dy cakap aku tak paham ape yang dy rasa, ello bro, aku idup lebih lama dari ko idup, so aku dah makan garam halus lebih lama dari ko, haha,, mesti korang tertanya-tanye nape aku guna garam halus kan, jawapnye senang je, sebab garam halus lebih masin dari garam kasar, haha,, xde kaitan pun kan, tapi aku nak gak adakan kaitan nye,, haha.. budak ne sebenarnye kurang sabar, aku cakap kat dy sabar la, bende tu kecik je, tapi xnak dengar, aku pun wat bodo je la, aku tak kisah orang tak nak dengar cakap aku,, yang aku kisah nye, bila dy cakap macam tu. FYI, benda yang dy lalui sekarang aku dah penah lalui dulu dan itu hanya 5% dari kisah idup aku, haha,, 

Bila aku terasa dengan orang, MESTI ada orang yang kan terasa dengan aku, itu dalah HUKUM ALAM atau dalam bahasa yang paling mudah untuk di fahami adalah KARMA, haha,, orang putih macam aku cakap "WHAT GOES AROUND COMES AROUND".. jap-jap.. aku putih ke??? haha,, satu persoalan yang sering bermain-main di fikiran setiap orang yang penah jumpa aku, haha.... dalam gambar putih tapi bila dah jumpa itam lak,, haha... moral of the story jangan pecaya ape yang korang lihat dalam gambar, gambar boleh menipu mata yang melihat nye, haha.. back to story, ape yang korang wat pada orang, ia kan datang pada anda gak, kalau tidak dalam masa terdekat, tapi yang pasti masa itu akan tiba,


NOTE :
jangan nak wat orang terasa sangat, haha

Wednesday, August 1, 2012

Puasa kecik-kecik

Selamat berpuasa kepada semua, walaupun dah lepas 10 hari puasa, aku rasa masih belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat berpuasa, sebab still ada 20 hari ag kan,,, haha,,  tadi aku terima dari budak yang poyo nak jadi matang, boleh dy mintak aku wat cerita tentang puasa zaman aku budak-budak dulu, aku malas nak layan ngat budak ne, biasa la budak-budak kan, tapi budak ne mudah merajok, terpaksa la aku layan kan, aku ne sebenarnya seorang yang SANAGT TERAMAT baek hati,, haha..


Tiba-tiba aku pikir, elok gak cadangan dak ne, walaupun ko nak jadi matang, tapi ko xleh lawan aku ag, aku ne dah matang tambah ag dengan BABYFACE, lagi la COMEL, hahaa... dari aku mengarut lebih lanjut, baek aku teruskan dengan cerita puasa aku zaman kecik-kecik dulu,, aku xingat la aku start puasa umur berape tapi kalau aku xsilap la masa berumur 8 tahun, cik na dan cik wan dah mula mengajar aku untuk berpuasa, dulu aku nak puasa punya la susah, banyak halangan nye, tapi sebab takut kan dorang, aku gagahi diri ku yang COMEL ne untuk berpuasa, haha

Masa aku nak start puasa tu, banyak alasan aku bagi kat dorang untuk tak puasa, yang aku ingat alasan yang tak leh bla adalah aku demam, tak leh puasa, sedangkan pada waktu aku itu aku segar bugar ag boleh maen kejar-kejar ag dengan kawan-kawan, haha,, napak ngat yang AUTA aku terserlah dari kecik ag. jadi tidak mustahil la sekarang ne aku berjaya menjadi PRINCE AUTA yang berjaya, haha,, 


Selepas alasan aku tidak diterima, aku jalan kan plan kedua aku iaitu memujuk untuk puasa half day, haha,,, setelah aku pujuk punya pujuk, akhirnya dorang termakan pujuk rayu aku, so dapat la aku puasa half day. baru ku tau yang aku ada bakat berlakon rupa nye, mesti kalau aku jadi pelakon mesti dapat anugerah pelakon paling popular, haha,, berangan je kan,, yang penting masa aku kecik, aku ada bakat pujuk memujuk tapi bila angka dah meningkat, bakat aku itu mula di makan angka, hahaa.... tapi yang sayang nye, aku puasa half day xlama, huhu,, last-last, kena puasa full day,, aku ikot kan je la, walaupun jiwa muda aku nak memberontak,

Tahun berikut nye, cik na dan cik wan mula menjalankan operasi mereka untuk membuat aku puasa penuh, huhu,, dorang bagi upah,, setiap hari aku puasa, aku akan dapat RM1, haha,, mesti korang akan cakap cikt je upah yang dikasi, bagi aku itu dah cukup besar la, lagi pun aku hidup di zaman tok kadok yang RM1 tu boleh disamakan dengan RM10 sekarang tau, sungguh besar RM1 itu, walaupun idup di zaman tok kadok, tapi aku tetap BABYFACE,, haha,,,Lepas balik dari sekolah, aku p la mandi kan, aku mandi punya la lama, nak wat macam mane kan, panas "ALASAN" tapi yang aku wat dalam bilik air adalah minum air, haha,, korang jangan nak gelak ngat la ya, sebab aku tau korang pun PENAH wat benda yang sama, haha,, dah la mandi lama, pastu lepas mandi tido je, konon nye penat, bangun-bangun terus p buka puasa, heavan kan kalau dapat hidup macam ne, haha,, akhirnya aku dapat gak RM30 aku walaupun puasa ala kadar je,, 

kalau nak nampak dengan lebih real ag ape yang aku cerita ne, korang boleh tengok UPIN IPIN, sebab ape yang dorang cerita tu banyak persamaan dengan cerita aku, yang mane aku cerita kan sini xde la dalam cerita aku, haha,, aku suruh korang tengok sebab aku tau dak yang MATANG tu suka tengok cita UPIN IPIN, hahah..


NOTE : 
aku bangga di ajar dari kecik aku berpuasa, walaupun masa tu puasa aku TAK SAH, haha,,

Thursday, July 26, 2012

Aku Merapu,

Kiranye agak lama gak aku tak update aku nye blog kan,, aku pun tak tau nak tulis ape sebenar nye,, ne pun menulis kat ofis,, aku pening tengok number je, aku kena sediakan report untuk bos, dy ada meeting dengan TAN SRI, so bila aku meeting, mesti aku banyak keja.. bajet je semua tu,, aku kan kaki AUTA, korang pecaya je la ape yang aku tulis, ape yang aku tulis ne semua nye benar. tiada yang benar melaenkan semua benar belaka.


Atas sebab sayang pada geng skodeng aku, aku gagahi untuk meng"update" blog aku ne, belek punya belek kelender yang terdapat dalam laptop ne, last-last terjumpa la satu tarikh yang mengatakan besday someone pada 17 JULAI 2012. ne post aku yang kedua berkenaan besday orang. aku bukan suka ngat nak tulis sal besday orang ne, malas, memerlukan maklumat yang terperinci, ingat senang ke, haha,,,

Sebenarnya, aku mula menulis entry ne pada 17 JULAI 2012, tapi sehingga tarikh entry ini di post, selama itu gak lak aku menulis entry sal ne, haha,, lama kan aku ambk masa, dalam masa 10 hari kan, semua ini sebab kesibukan yang terlampau, sibuk ke???? hanya orang yang tau je mengerti, bak kata AIZAT AF, Hanya aku yang mampu, haha,, xde kaitan kan, saje je nak bikin gempak, aku kan jenis propa lebih, tapi aku bukan AA k,, haha,, aku adalah PA,

Back to story, insan yang aku nak cerita amat poyo, poyo giler,, badan nye kecik je, perangai macam budak-budak, tapi yang xleh bla nye dy berlagak matang, kalau dah perangai macam budak-budak xpayah la nak berlagak matang, matang ne bukan boleh buat-buat tau,, makin dibuat, makin jadi budak-budak.. haha,,, yang lawak nye, nak jadi matang punya pasal, dy pakai celak, biar napak ganas, tapi aku lihat, macam pe ntah. lawak pun ada,


Dy ne ada kapel dengan sorang budak, budak tu mix tau, one day, kapel dy p balik kampung mak dy kat France, selama seminggu dak tu p sana, tinggal la insan yang berlagak matang ne keseorangan di kampung, berteman sepi, sib baek dy ada tempat luahan perasaan yang sedia mendengar segaja luahan yang di luahkan kepada nye, haha,, bila kapel dy p sana, dy p la tepi padang duk maen tarik-tarik rumput, aku yang dengar cite pun gelak guling-guling tas katil, nak matang tapi jiwang rupa nye, dalam hati ada taman rupanye, duk tarik-tarik rumput, koyak daun, dah macam orang putus cinta je,

Lagi satu, budak ne amat manja tau, biasa la anak tunggal kan, korang pk la sendiri, mesti korang cakap ada je anak tunggal yang xmanja, yang tu aku cakap AUTA. sebab mesti dorang manja, semua kasih sayang dicurahkan kepada dia sorang. xperlu kongsi, cuba korang bayangkan, if satu 1 family ada 10 orang anak, setiap anak tu perlu dapatkan kasih sayang yang sama rata. let say kasih sayang satu family tun 100%, tu paling maximum la,,, berape setiap anak dapat kasih sayang??? since aku agak pandai dalam MATH. so aku akan cuba masukan soklan ini dalah bentuk persamaan agar mudah untuk dipahami.
  • 1 family ada 100% kasih sayang,
  • 1 family ada 10 orang anak
  • Seorang anak ada dapat 10% of kasih sayang. 
bayangkan perbezaan nye ya, huhu.... saje je aku bagi contoh dalam bentuk math, sebab budak ne xsuka math, math senang je bro, pe da, klu ko xpandai, meh aku ajor, tapi bukan FOC k, sekarang ne semua berbayar k, nak masuk tandas pun kena bayar,, haha,

Ok la, dah panjang lebar aku mengarut dalam entry kali ne, dah la lambat nak post, pastu cerita yang ditulis pun entah pape kan, ada aku kisah, aku punya cerita kan,, aku tulis je la,, hahaha,,,

NOTE :
kepada seorang pembaca setia aku ne, aku nak mintak maaf ya, lambat update, ceq amat bz cikit sekarang ne, bila ada masa terluang aku tulis r cikit, aku tulis pun kat ofis,, haha


Saturday, July 7, 2012

Entah....

Hahaha,,, dah lama giler aku biar kan aku punya kawasan ne berhabuk, nak wat macam mane, kerja banyak, biasa la orang mula keja, banyak benda kena belaja, maklum la, aku ne bukan jenis yang cepat belaja, aku ne jenis perlu banyak berusaha, perlu berdiri sama tinggi dengan orang laen, walaupun orang laen sukar untuk berdiri sama tinggi dengan aku, kecuali la mereka berdiri atas kerusi, haha,, baru sama tinggi, aku rasa kan dah sebulan lebih aku xupdate blog ne, sampai ada yang tegur, message tanya nape xupdate, rindu nak baca, dengan baca blog hang, ceq boleh ilangkan tension, haha,, macam pelik je kan bunyinye, aku rasa aku bukan wat lawak dalam blog ne, aku just tulis ape yang berlaku pada PRINCE AUTA yang berwajah BABYFACE,, bercakap sal BABYFACE ne kan, ada la orang jeles, dorang xleh terima yang aku ne memang BABYFACE, aku dah puas terangkan kat dorang, tapi still xcaya, tolang la,,

Bila aku dah mula menulis, banyak la yang merapu meraban yang akan kuar, haha,,, xpe3, korang yang paksa aku tulis, so aku tulis ape yang aku nak tulis, korang sebagai pembaca blog aku, baca je ya,, ayat memang tak nak kalah kan, mengalahkan artis kan,, semua nak A je kan,  hahaa... bukan selalu aku macam ne, dalam bentuk penulisan je aku kepoh, but in reality aku seorang yang pendiam... hahaa

Rasa macam janggal pulak bila aku menulis panjang-panjangkan,, bak kata Datuk Fazley Yaakob masa beliau berada di dalam rancang selebriti masterchef, bila dah lama tak jumpa ia agak susah untuk memulakan perbualan or percakapan, beliau merujuk kepada perbualannya dengan Dato' Siti Nurhaliza ya, bukan dengan orang laen, pergh aku tau sey gosip-gosip kat malaysia ne, ne mesti kaki tengok MELODI ne, hahahah,,,  ia la, dah lama tak menulis, perlu asah kan balik segala yang boleh diasah, t bila aku tulis korang yang baca makin stress, pastu ada lak benda yang rosak, haha,, tak pasal-pasal aku terima surat tuntutan ganti rugi, kerana aku yang menyebabkan kerosakan harta benda,, mati aku, kena keja lebih masa ne, haha

Dah banyak page aku menulis, tapi tajuk untuk entry kali ne aku tak pikir ag, haha,, macam biasa la, aku menulis dulu baru ak pikir tajuk nye,, kadang-kadang lama giler nak nak pikir tajuk yang gempak, sebab tu lambat post entry baru, nak pikir tajuk dulu, haha,, bajet gempak je kan tajuk entry, pada hal tajuk macam tu kejap je dah boleh pikir, saje la tu nak cari alasan, aku memang pandai cari alasan, haha, tu fakta, bukan lagi auta, haha

Rasa nye belum terlambat untuk aku mengucapkan Tahniah kepada KELANTAN THE RED WARRIORS kerana telah menjadi juara buat kali ke-2 berturut-turut bagi liga super, gud job, haha..

NOTE: 
Selamat kembali kedunia AUTA, haha

Tuesday, June 5, 2012

Duit...

Dah lama aku tak update aku nye blog kan,,, aku nak mintak ampun, mintak maaf,, kepada yang selalu baca aku nye blog ne, aku hargai sangat, aku sebenarnye bukan tak nak update, tapi aku just penat dengan keja je. al-maklum la sekarang ne, aku kan dah berkerjaya, bukan lagi seorang usahawan anggur yang berjaya, aku dah tinggal kan dunia anggur ne dah 3 minggu,, bukan tak suka dengan keja lama, tapi aku nak cari pengalaman baru, aku tak nak berada di tahap yang lama je, haha baru maju cikit,,, 

Sekarang ne, baru aku tau yang amat susah untuk mencari duit, dulu senang je cakap kan, tak de duit, mintak dengan Cik Na dan Cik Wan, dorang yang susah payah cari duit, aku la yang abes kan duit dorang, haha... aamt kurang ajar aku disitu kan,, haha,, dulu senang, tak payah pk sal duit, tiap-tiap sem ad je duit yang masuk dalam bank. masuk lak banyak.. tapi yang sayang nye, duit tu abes macam tu je, bagai air yang mengalir, haha,, 

Bila ada duit, jangan nak boros ngat la, beringat-ingat la, bukan selalu kita berada di atas, ada masa nye kita berada di bawah, haha,, pandai aku bermadah ari ne, haha,, korang layan kan la aje,, duit ne, mencari nye susah, tapi nak abeskan cepat, tol kan,,, 


Thursday, May 17, 2012

Terima kasih

Kalau aku nak ucap kan terima kasih ne memang panjang r, xcukup dengan satu entry, haha,, pastu xpasal aku kena tulis panjang-panjang, malas doe, sebenarnya bukan malas, tapi aku tau korang yang baca blog aku ne bukan nye rajin sangat nak baca ape yang aku tulis ne,, (bajet semua entry aku pendek) haha...

Sebenar nye aku nak ucapkan terima kasih ne kepada kawan aku, kerana dia la aku dah dapat keja kat salah sebuah company di Kuala Lumpur, ok la untuk aku memulakan kerjaya aku, syukur,, nama budak ne adalah NUR SYAZANA RAMLEE, dy kawan aku dari sekolah rendah ag, pastu masuk sekolah menengah yang sama, masa from4, kami di tempatkan di sekolah yang sama gak, kuat sungguh jodoh dy dengan aku, haha,, aku arap PAKWE dy xmarah,, gurau-gurau je, kerana dy telah mencetuskan idea supaya aku antra email kat company ne,, 


Sorang ag yang aku nak terima kasih adalah kepada FAZRUL HISHAM, kerana mamat ne menjadi driver aku masa aku p interview, dah la jadi driver aku, terpaksa la membenarkan umah KONDO yang tersegam indah tu di diami oleh aku, pergh,, bes doe umah dy. tengok muka xleh bla tapi rumah bersih kemas, mengalahkan rumah orang puan, masa aku p umah dy, aku xsempat nak pau kereta dy, haha,, mamat ne pengumpul kereta tau, aku pula pengepau kereta, haha,,,

  
Last aku nak ucapkan terima kasih kepada staff ISKANDAR INVESTMENT BERHAD (IIB), kat sini aku banyak belaja sal finance, dari masa sekolah ag aku nak belaja sal duit-duit ne kan, tapi x kesampaian, hajatku terputus di tengah jalan, sedih kan, haha,, sib la kat sini aku dapat menyambung kembali ape yang idam-idamkan selama ne, walaupun xlama, tapi cukup la pengalaman yang aku terima ini,, kat sini la aku pandai guna IFCA, PRIMAVERA.. korang ingat senang ke nak pandai semua ne, kalau p kelas mau beribu riban abes nye,, kat sini free je,, FOR YOUR INFORMATION (FYI), kat department aku ne ramai puan, so dorang la selalu jadi mangsa kacau aku, maklum la aku ne kan jenis nakal,, aku memang macam ne,, kalau aku menjawap perli ke, semua tu adalah tok memeriahkan suasana yang sunyi sepi, bak dalam gua, haha,,, yang paling aku suka kat department ne adalah semua staff berwajah BABYFACE, ini sebab aku ada dalam depart ne, so aku la yang paling BABYFACE, korang xpayah jeles ke,,aku boleh buka group BABYFACE tau kat sini, haha

Orang yang selalu jadi mangsa kacau aku adalah NURUL, AFAF, MASHITAH,, tu je yang aku berani kacau, yang laen kurang cikit,, walaupun aku ne nakal, tapi aku tetap ada sifat ketimuran. mereka yang aku selalu kacau ne ibarat kakak-kakak aku, so ok la, lagi pun dorang boleh terima gurauan aku, haha, bagus la, tok para pembaca aku, KAKAK-KAKAK aku ne masih SINGLE, so kalu nak masuk line, aku boleh tolong, haha,, dapat ke x tu laen kira la. kalau nak berjaya korang kena usaha lebih la, haha,, tok aku punya supervisor MISS PHUN dan PUAN AZLIN, thanks ya,,

Tok kawan-kawan aku kat sini, thanks ya sudi jadi mangsa kacauan aku, aku tau kadang-kadang korang xikhlas untuk menerima kacauan aku, tapi redha je, haha.. xde kuasa nak menolak kan, aku tau dari muka korang yang redha tu, laen kali cover-cover la cikit, orang yang banyak bagi nasihat and banyak tolong aku (EN. NASIR), aku xdapat nak aku balas,, cewah, ayat xleh bla kan, tacing x ayat aku, haha,, sabar je la korang membaca,, 

NOTE :
Gambar staff IIB aku xdapat nak upload kerana dorang pemalu yang amat, kalah malu aku tau,, haha.. korang bayangkan la muka dorang macam mane, kalau aku BABYFACE, dorang pun BABYFACE. dengan sifat malu ag, mesti la comel macam aku, haha

Tuesday, May 15, 2012

16 Mei

Bersempena dengan 16 Mei, aku nak wat satu entry yang khas untuk cikgu-cikgu yang penah mengajar aku, sebenar nye kan, aku ne bukan la pelajar yang bijak,, haha,, pengakuan ikhlas dari aku, susah korang nak dengar pengakuan ikhlas dari aku, tapi sebab orang-orang yang sanggup mengajar wujud la aku sekarang ne, haha,, sampai dapat ke UiTM, dan dah selamat mendapat kan segulung ijazah, yang belum dapat adalah seorang azizah je,, haha,,, sebelum dengar celoteh aku, baek layan lu lagu tema hari guru ne,, 


Biasa nye cikgu-cikgu akan menyanyi lagu ne lepas baca amanat, wartikah, ucapan dah seumpama nye, masa tu la bosan nye, terpaksa dengar, so dengar je la, biasa la bila dengar benda yang xminat ne kan, masuk telinga kanan kuar telinga kiri, xpenah nak masuk di otak, haha,, 

Sape yang kenal aku, tau la macam mane aku ya, masa sekolah dulu, aku ne seorang yang pendiam, haha,, mesti korang xcaya kan, itu la aku, bila kuar je sekolah mula menjadi-jadi auta nye,, haha,, sekarang ne aku dah berkerja,, walaupun gaji tinggi mengunung tapi boleh la untuk cukup-cukup makan, haha, bagi aku la, waktu belaja adalah waktu yang paling meriah and paling happy, xpayah nak pk sal duit, just belaja, enjoy je, haha..

Korang ingat senang ke nak mengajar orang ne, bukan semua orang ada kebolehan tu tau, bagi yang ad sila hargai nye dengan sebaik nye, agar ia tak lekang dek panas tak lapuk dek hujan,, huhu... satu ag, cikgu ne dy punya ingatan amat kuat tau, aku punya cikgu ADD MATH yang sempat mengajar aku selama beberape bulan tapi selepas beberape tahun, dy dapat ingat nama aku ag, sungguh tersentuh, huhu.. dan baru-baru ne aku menerima berita yang cikgu ne telah di jemput oleh sang pencipta. moga cikgu di sana aman ya,, amin,,,

Masa sekolah rendah, aku lah pelajar yang paling xde banyak onar, baek giler waktu tu, keja sekolah siap je, kalu xsiap dapat hadiah, budak-budak kalu kena ugutan macam tu, terus takut, haha,, sifat nakal mula di gilap masa aku tingkatan 4 dan tingkatan 5, haha,, dari situ la aku mula ponteng prep je, haha,,, sedap tido ma,, haha,,, penah sekali aku p mandi swimming pool tu pun sebab cikgu yang cover line, siap bagi nasihat ag, terbaek r cikgu, haha... bila masuk matrix, sifat nakal aku makin menjadi-jadi,, maaf yang cikgu, haha,, biasa nye aku membuat onar pada cikgu fizik, haha,, cikgu masuk pintu depan aku kuar pintu belakang, haha... bukan xnak belaja, aku p kejar mood yang kuar dari pintu belakang, kejar punya la kejar tapi xdapat-dapat. so aku frust la, naek bilik, aku tido. haha (^_^)


Bila aku masuk UiTM, sifat insaf tu mula timbul,, yang membuat aku terkilan nye, sifat ini x tahan lama,, meronta dalam jiwa,, haha, macam mane xbagi meronta, student nye sikit, susah nak cover, kalu ponteng sah-sah la lecture tau, haha,, tambah ag kalau orang macam aku xde dalam kelas, sunyi je kelas, kata nye,, tu kawan-kawan aku yang kata, kalau dorang tipu, kira nye aku tipu korang la, haha. so baek korang pecaya, senang cite, pastu tok jaga hati aku kan, hihi

Aku biasa nye ponteng je kelas, tapi kalau demam aku p je kelas, haha,, bodo dan sengal kan,, bukan suka-suka nak ponteng aku ponteng sebab p kejar mood belaja yang kuar dari kelas, dah la si mood tu pelari handalan, tak terkejar aku pastu aku lak semput, bila dah semput aku rest la jap, rest punya rest lupa nak masuk kelas,, haha,,

Dengan ini aku nak ucapkan selamat hari guru kepada semua orang yang telah mengajar aku secara formal atau xformal. semoga kalian sentiasa bahagai dan dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat,, tahun nye slogan adalah "GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFROMASI PENDIDIKAN NEGARA"



Wednesday, May 2, 2012

Fesyen

Semasa aku wat blog walking, aku terjumpa satu entry yang terdapat dalam blog kawan aku ne, tajuk entry dia ialah "trend fesyen rambut terkini yang jadi kegilaan ramai" panjang giler tajuk entry nye,, tapi nak wat macam manekan, tu hak dy, aku baca je la,, femes doe blog ne, ne bukan nak puji kawan, betol la, kalau korang xcaya, korang tengok r dy punya follower, tak macam aku nye kan, haha,, tapi xpe, aku xkisah, lagi pun blog member aku ne tercalon dalam DIGI WWWOW AWARDS bagi kategori BLOGGER OF THE YEAR.. hebat kan.. Kalau korang buka blog member aku tu, jangan sedan jangan malu untuk VOTE dy k,, aku doa kan ko berjaya,, kalau xberjaya tahun ne, cuba ag tahun depan, kalau dah menang jangan lupa nak open table ya, pastu jangan wat lupa nak jemput aku k,, haha

Masa aku start nak membaca entry ne, aku pun terlintas nak menulis sal fesyen, haha,,, ok, ari ne aku nak jadi fesyen designer tapi untuk rambut je ari ne, haha.. kalu korang terasa nak suruh aku reka baju untuk korang, korang boleh tempah laen hari k, ari ne, aku malas nak melukis, lagi pun aku tak suka melukis, aku suka design je, sebab aku boleh wat pratical terus, xpayah nak lakar-lakar ne,, leceh,, 

Dalam banyak gambar yang terdapat dalam aku berminat dengan fesyen yang ne, mesti korang tertanya-tanya fesyen ape yang menjadi pilihan aku pada hari ne kan,, jawapan nye adalah.....................

 
kalau korang nak tengok gambar yang laen, korang tekan je tajuk entry yang telah aku merahkan di atas tu, sebab aku tau korang pun malas gak nak mencari blog dy kan,, i know la my geng., haha,,, aku just nak bagi tips je untuk korang bagi mengayakan rambut korang agar nampak lebih menarik, tips ne aku selalu wat, kalau korang nak ekot, ekot je la, aku xkan mintak korang bayar, aku bagi FOC je,, tapi kalau xjadi korang xpayah ngada nak saman aku, haha,, 

Tips yang aku nak kongsi dengan korang adalah, korang just perlu berada depan cermin and gaya kan rambut korang sesuka hati korang, kalau korang rasa diri anda menarik dalam cermin tu, menarik la tu, sebab kalau korang ekot pandangan orang, belum tentu menarik bagi anda. satu ag, nak puas kan hati semua orang amat susah, so ambik je la cara yang senang, puaskan hati sendiri, haha... cuma aku punya tips ne mungkin akan merugikan anda cikit la sebab korang perlu beli banyak minyak rambut sebab untuk gayakan rambut tu korang perlukan minyak rambut agar napak lebih real walaupun not real. haha... tu je yang aku selalu wat setiap kalu aku gunting rambut, haha,, 

NOTE :
Selamat mencuba, haha

Friday, April 27, 2012

Budaya Sindir Menyindir

Bila datang je ofis aku berasa sangat happy kerna aku lihat tas meja aku xde sebarang NOTE pun, that's meas ak xde keja untuk dibuat tok sebelah pagi nye, so aku relex je la,, salah seorang officemate aku bagi link youtube, aku punya la excited nak tengok, yang ayat xleh bla tu kan ayat last dy, "sesuai and macam ko"... WAT THE SHEEP kan,, ape yang di maksudkan dengan ayat tu pun aku xtau,, tapi bile ak tengok video tu baru aku tau, haha,,, korang layan lu video ne, 

 

Mesti korang gelak je kan tengok video ne. Prof Sir Tap Hatemanak telah mengajar kita bagaimana nak menggunakan budaya ini dengan betol. kita mesti menggunakan kata-kata yang indah dan elok-elok, pastu yang paling penting adalah MATA kita mesti keatas dan TANGAN ke dada, tu yang paling penting, untuk menyedapkan lagi cara penyampaian nye, mimik muka dan nada yang digunakan mesti la tetap dengan pergerakan yang dilakukan, baru ia dapat menimbulkan kesan yang mendalam kepada si pendengar. haha
 
Sebenar nye budaya sindir menyindir ne dah lama bertapak dalam hati nurani setiap insan, budaya ini dijadikan salah satu cara untuk menegur atau menyatakan ketidakpuasan hati, bukan semua orang boleh menyampaikan teguran dengan berterus terang dan bukan semua orang boleh menerima teguran yang agak kasar, so dengan sindir or kiasan, hope dorang akan paham., tapi yang menyakitkan hati, ada juga orang yang xsedar yang dy or mereka disindir. pastu siap nak masuk campur untuk menyindir ag tu, bodo tol kan, haha,,, ini la orang cakap, belaja dah tinggi bertingkat-tingkat tapi yang tang bodo nye ag tinggi, haha...


Kadang-kadang sindir ni boleh membuatkan hubungan makin jauh makin renggang, aku tau la, aku penah lalui dan alami semua ne,, tang ne aku malas nak cerita, bosan kot cite nye, aku rasa korang pun penah lalui semua ne, semua ne lumrah kot, xkira la korang normal or adnormal, akan lalui semua, kalau korang BABYFACE lagi banyak orang yang suka sindir kot, tu sindir jeles bukan nak tegur, haha. kalu xnak di sindir jeles baek korang kurangkan ke"BABYFACE"an korang tu, tu kalau korang xmampu nak tahan sindiran dorang, kalu korang mampu, kekal kan kecomelan anda itu,

Biasa nye, orang akan sentap or terasa bila kena sindir, haha,, aku suka tengok muka orang sentap,, yang aku paling tengok adalah orang yang selalu wat orang sentap pastu tiba-tiba dy yang sentap, raut wajah tu xkan ku lupa kan, haha,, COMEL giler kot muka dy,, haha,,, tu satu kepuasan tau, walaupun korang power wat orang sentap, jangan ingat orang xleh nak wat ko sentap balik ke, 

Bagi aku la, budaya sindir ne ada baek buruk nye, korang yang baca blog aku ne semua pandai-pandai belaka, so korang pk la sendiri ape yang baek, and ape yang buruk, yang baek tu teruskan dan ape yang buruk tu korang wat sempadan pastu try make it better. cakap macam senang je kan,, nak wat tu susah, ia memang susah, tapi xsalah try...

NOTE:
selamat mencuba, haha

Monday, April 23, 2012

Harga Sebuah Persahabatan

Cerita kali ini agak sentimental cikit, huhu.. ini membuktikan orang yang BABYFACE juga mempunyai taman di dalam hati nye. cuma taman yang aku tengah bina untuk melawan keindahan Taman Tergantung Babylon (TTB). korang jangan nak wat lupa la, ape itu TTB, TTB ini adalah salah satu dari tujuh keajaiban dunia. kalau korang nak tau enam ag keajaiban dunia tu, cari sendiri ya, aku malas, amat malas nak explain sal ne, haha,, before aku cerita lebih lanjut tentang persahabatan ne, elok korang hayati dan pahami setiap bait-bait kata yang terdapat dalam lagu yang di nyanyikan oleh Najwa Latif & Sleeq, 
 

Ramai yang cakap yang persahatan tidak ternilai kalau di bandingkan dengan wang ringgit, tu kata orang dulu-dulu la, tapi orang sekarang laen pulak, korang ada duit, banyak la orang yang nak berkawan dengan korang, that's true k. walaupun dalam blog auta, tapi yang aku cakap ini adalah fakta. kalau korang tak caya try r wat uji kaji,, waktu korang ada kawan paling banyak, waktu kaya or waktu miss kay, haha,,, semestinye waktu korang kaya, orang yang korang xtau asal usul pun datang mengaku kawan, itula reality sekarang ne, bukan lagi fantasi ag,

Actually, the story yang aku nak cite ne maybe sesusai dengan tajuk kali ini, haha, sumtime aku xpandai nak pilih tajuk yang sesuai tau, aku maen hentam je,, nak bagi napak gempak je tapi isi nye, xde r gempak ngat pun kan, hihi... kawan aku ne dah kerja, gaji pun beribu-ribu, tapi untuk pergi jumpa kawan yang dah lama xjumpa pun malas nak kaur duit,, kebetulan ofis tempat dy keja tu ada sediakan shuttle van ke KL setiap minggu tapi dengan syarat first come first served. kira untung la dapat naek free kan, bukan semua yang beruntung, kawan aku ne half je untung nye tau,, ye la dy dapat yang balik je, tok ke KL dy xdapat, dy dalam waiting list,, sebagai kawan yang BAEK. aku cakap beli la tiket bukan mahal pun kan, lagi pun tiket balik xpayah beli dah, setelah dy berpk panjang dy mengambil keputusan untuk tidak ke KL. harga tiket tu hanya la RM31.20... di sini kita boleh napak harga kawan di mata dy kan,

Kalau untuk aweks or pakwe kan, korang mesti sanggup berhabis segala duit yang korang ada, tapi untuk kawan amat susah untuk korang kuarkan duit walaupun RM1.50 untuk belanja dy TEH O AIS je. tu pun berkira nak mampuskan,, tapi kalau aweks nak makan kat hotel 5 bintang, sanggup berhutang kalau xcukup duit nak bayar kan, nak bagi nampak sayang kan, samada korang sedar ke x, bila korang sedih, susah or laen-laen sape yang berada bersama anda, adakah aweks or pakwe? no way la, kawan la yang banyak membantu korang masa tu.. kalau xcaya, wat uji kaji,, haha,,,


NOTE :
  • Sebagai kawan,kita mesti bersikap adil dan sayang kawan kita seadanya
  • Siapa yang makan lada dy yang rasa pedas nye,, haha

Friday, April 20, 2012

Seniority

Dah lama cerite sal ne aku nak tulis, tapi belum terbuka hati nak tulis je, tajuk je dah ada,, haha,,, ala,,, tu pun korang xpaham ke,, jangan la wat ceq macam ne, huhu,,, ceq penat na nak explain panjang-panjang, al-maklum la sekarang ne dah usia dah lanjut, haha,, walaupun usia dah lanjut tapi babyface nye tetap ada, yang tu yang paling penting, kalau xde benda tu bukan prince auta la jawap nye, haha,,


Maybe korang kurang paham or wat-wat xpaham ape yang di maksudkan dengan SENIORITY ne. ak dah tanye UNCLE GOOLE td. dy pun bagi jawapan yang kurang meyakinkan aku untuk mempercayai nye.. so aku pun guna la khidmat ASMARA.. haha,, dy pun cite la panjang lebar, so bila nak tulis dalam ne, aku terpaksa ringkaskan, yg tu aku paling malas nak wat, hihi,, klu xperlu ringkas aku guna copy and paste je, kan senang, tapi tok membuatkan korang lebih paham maksud term tu aku merajinkan diri untuk meng"explain" kepada korang, SENIORITY tu bermaksud banyak pengalaman, dalam ayat yang paling mudah adalah orang lama, ada paham,,

Biasa nye, term ne digunakan di sekolah, university dan tempat keja, di sebabkan salah paham dengan maksud sebenar la berlaku nye kes buli, kes dera di sekolah, wat the sheep tol kan,,, setelah aku sendiri melalui nye, baru aku paham perasaan nye, ape yang ada dengan term tu, kalau jawatan dalam syarikat xpe r gak, gaji manyak besa woo, tapi kalu dah sama level, yang membeza kan adalah masuk awal dan masuk lambat je, xmembawa ape-ape kesan pun, kalau masuk awal boleh la nak berlagak dengan orang yang masuk lambat,, tu bukan cara nye, korang kan ORANG LAMA, so perlu menunjukan kan teladan yang yang, bukan nak tunjuk belagak,

Sebenar nye kes ne nga berlaku, xkira masa dan tempat, contoh nye, kat tempat keja asmara, ada seorang budak yang aku bagi nama wan, dy masuk keja awal sebulan dari si hafiz. pandai je aku bagi nama kan, nama tu adalah rekaan semata-mata. xde kaitan dengan yang dah hidup ataupun yang dah meninggal dunia, haha (^_^)".... cite nye bermula dari 1st day hafiz masuk ofis ag, dy tanya la kat si wan ne, macam mane nak p solat jumaat, dengan muka malas nak layan nye, dy cakap tumpang je sapa-sapa yang ada keta,, ape perasaan hafiz masa tu, korang bayangkan je la, lupa lak nak bagitau yang wan dan hafiz ne adalah pekerja kontrak je, bukan tetap pun, tapi dorang xngam antara satu sama laen, wan lebih suka berkawan dengan staff tetap kat sana, xlayan ngat la hafiz ne, biasa la, budak baru masuk kan, mane layak nak kawan dengan wan,,

Itu menunjukkan yang walaupun sama level tapi still ada sifat senior and junior tu, bagi aku xpatut la berlaku semua ne, kalu korang bersatu, xkan nye ada masalah buli membuli ne, just amalkan pepatah yang orang tua selalu cakap "yang tua di hormati dan yang muda disayangi". kalu amalkan yang ne, mesti dunia aman, xde persengketaan. 


NOTE :
Xelok berlagak. xkena nye kalu berlagak..

Monday, April 16, 2012

PTPTN....

Sejak akhir-akhir nye, isu yang paling hot di perkatakan adalah PTPTN, aku pun xpaham nape benda macam ne nak di besar kan, maybe sebab dah nak masuk new era kan,, almaklum la, pilihan raya makin hari makin dekat, pelbagai la isu yang dikeluarkan oleh pihak yang ingin menawan putrajaya, cewah ayat,, entry aku kali ne bukan berbau politik, aku just nak bagi pandangan aku sebagai PEMINJAM PTPTN.

Kalau betol bayaran tok PTPTN dimansuhkan, aku la orang pertama bersorak gembira sebab xperlu bayar hutang yang bertimbun bak bukit, haha,, tapi bila aku pk balik la, hutang perlu dibayar walaupun tak di tuntut, yang tu WAJIB,, walaupun dah mansuh tp still ag kena bayar, sebab korang dah guna duit tu untuk belaja, beli HANDPHONE, belanje AWEKS, dan selaen nye, berapa sangat la yang korang guna untuk tujuan pembelajaran, aku rasa xsampai 20% pun, yang 80% tu korang guna untuk kepenting diri sendiri, so still xnak bayar ag ke, jangan jadi seperti kacang lupa kan kulit suda..

Kita bayang kan kalau betol ia dimansuhkan, macam mane orang yang tak berkemampuan untuk membayar yuran pengajian yang berharga beribu-ribu tu, bukan semua orang mampu bayar, so sila pk kesan nye pada orang laen, korang ingat kerajaan mampu ke nak membayar semua yuran korang, kalau kerajaan naek kan cukai korang bising, pe da, tolong pk secaro orang normal k, jangan ikut nafsu, hahaha,,, sedangkan harga minyak naek pun dah bising, harga minyak naek sebab harga minyak antrabangsa naek,, huhuhu

Kalau korang xnak bayar, ape kata korang belaja betol-betol biar dapat 1st class degree, xpayah bayar, kan senang, mesti korang pk kan, susah nak dapat, bagi aku, nak dapat 1st class tu senang je, sama ada kita nak ke x nak, sebab orang laen boleh wat, nape kita xleh kan, sedangkan otak kita sama je dengan dorang, masing-masing ada satu je, laen la kalau ad dua otak... yang membeza kan adalah usaha kita je, kalau kita rajin, banyak la yang kita akan dapat, kalau usaha pun cukup-cukup makan, jawap nye, jangan berangan la nak dapat PTPTN tu free,,, in our dream je la,,, tu ntah-ntah kena bayar gak,, hahaha


Aku pun xnak tulis panjang-panjang,, malas nak menaip, haha,, 

NOTE:
hutang WAJIB dibayar,,,,,

Thursday, April 12, 2012

Salesperson

Sekarang susah giler nak cari kerja kan, sebenar nye xde r susah ngat, tapi bagi yang memilih kerja macam aku ne memang susah la nak dapat keja kan, dapat keja tu tolak, dapat yang ne pun tolak, ape yang aku xtolak semua aku tolak,, aku bab keja memang memilih, tapi xde r memilih ngat, biasa-biasa je, huhu,, korang p la cari kat mane-mane tempat pun, hanya ada satu je keja yang amat memerlukan kan orang tapi orang yang apply nye kurang, so kalau korang yang apply MESTI dapat nye, itu pun kalau korang nye memcapai kelayakan yang di tetapkan oleh company..

Keja yang aku maksud kan adalah SALES, ala,,, dalam bahasa mudah nye keja yang berkaitan dengan orang la, macam pelik je bunyi nye kan,, haha,, ia macam korang kena jual BENDA la kat customer, BENDA tu boleh jadi produk, event, dan loan, keja ne korang nye gaji memang la xekot korang nye kalayakan akademik. adoi,,, xkan itu pun korang xtau, kalau korang ada MASTER or PHD gaji korang akan sama dengan dak SPM je, ada paham, yang membeza kan korang adalah korang nye komisen je, kalau korang dapat jual banyak produk, banyak la komisen yang akan korang dapat. ia macam makin rajin korang berusaha, makin banyak la pulangan yang korang akan dapat, tengok aku dah wat hypothesis dah. haha,,

Dulu aku berkecimpung dalam kancah ne, punya susah nak cari rejeki tau, huhu,, biasa la aku kan xpandai nak bermain kata ne, aku lak jenis yang cakap direct je, berterus-terang kata kan, haha,,, stop cite sal aku, biar aku cite ape kelayakan yang di perlukan oleh seseorang yang ingin berkecimpung dalam kancah yang amat berbahaya ini, haha.. kelayakan pertama adalah, korang boleh bercakap, sebab bukan semua orang bertuah tau, sebab korang perlu cakap untung mencari sesuap nasi,, huhu,, 


Yang kedua adalah korang mesti la cute, comel, encem, kacak dah sewaktu dengan nye, haha,, sebenarnya ia adalah satu kelebihan kalau korang mempunyai wajah yang cantik, cute and so on,,, berwajah menarik nye bergantung kepada produk yang ingin dijual la. contohnye, ingin jual produk kecantikkan tapi sang penjual tu macam mak lampir, korang nak beli x produk tu, yang paling penting personaliti kita, tok jadi sorang selesperson yang berjaya, kita mesti mempunyai personaliti yang menarik, haha,, kalau korang yang berwajah BABYFACE, anda lah orang yang company cari, haha,, mesti ramai customer korang nanti, UNTUNG LA.. haha

Kelayakan yang paling penting adalah gedik,, haha,,, it's true k. bukan aku sengaja auta, gedik ne bukan la gedik yang over tu, ne jenis gedik untuk menjual, haha... biasa nye yang paling berjaya adalah kaum perempuan,, sebab puan ne mudah ngat mengedik,, haha,, dorang ada kelebihan, so korang sila guna kan kelebihan ada, tapi ingat jangan terover, t benda laen lak terjual, yang tu aku xtau la, korang pandai over, pandai la korang tanggung. cite bab gedik ne, aku nye senior kat tempat aku keja lu, dy boleh jual produk yang berharga RM12K kepada seorang DATO, hebat x?? dy bukan jenis gedik pun kat luar, tapi bila dah keja, terus jadi orang laen, haha,,, sib xjadi DATIN no 2 je,, haha

NOTE :
Selamat berkecimpung dalam bidang ne, haha

Monday, April 9, 2012

English Education

Tajuk nak gempak je kan,, biasa la, kalau xgempak bukan aku la,, haha,, bajet semua tajuk entry gempak kan, xleh bla langsung mamat ne, tapi yang penting tetap babyface, saje je nak mention takut ada yang lupa,, haha,, sebenar nye aku bukan nak tulis dalam English,, setelah aku melalui nye, baru aku paham kenapa HOT FM selalu setiap pagi mengadakan kelas english education sebagai salah satu segmen kat "HOT AM KREW". 


Ramai yang cakap kita orang melayu, xperlu belaja bahasa mat saleh ne, xpenting pun, semua tu salah doe, kalau korang nye BI power, korang nye peluang untuk mendapat kerja ag tinggi, berbanding orang yang nye BI ne biasa-biasa je.. aku bukan AUTA k, walaupun aku PRINCE AUTA, bukan semua yang aku tulis ne auta k, aku penah alami semua ne, t ceq story k, sabaq, t ceq kataq baru hang tau,, haha

Meh aku cite, baru-baru ne aku dapat panggilan to attend interview at Bukit Jalil, aku dengan semangat pun p la, biasa la 1st time dapat job interview kan, mesti la excited giler, aku penuh kan dada ku penuh dengan ilmu yang aku pelajari dulu, aku recall balik,, akhir nye aku dapat penuh kan nye dalam masa yang singkat, hebat giler kan, itu la kuasa excited,, tapi korang jangan terlampau giler kuasa ne, sebab ia boleh memusnahkan diri anda. sebab ia boleh membuat anda lupa diri, haha..

Bila aku sampai di sana, aku pun di panggil tok di interview, aku orang ke-3 so aku xde r nebes ngat, ok-ok je la,, bila start je aku di interview,, soklan yang pertama di tanya adalah perkenalkan diri anda, aku pun dengan confident pun cite r, cite pun berasas k, bukan maen cite je, tiba-tiba percakapan aku di potong, aku terima yang tu biasala nak mecelah, dy tanya ape yang aku nak improve, aku dengan selamat nye memberitau yang kau nak improve aku nye communication, sebab aku tau aku hye skill xgood enough. xmacam orang laen la kalau senang cite, 

Setelah di interview selama 15 minit aku rasa, dy bagi result yang aku punya application kena reject alasan nye senang je sebab aku nye BI xpower, aku terima la kenyataan tu dengan hati terbuka, and dorang sempat ag offer satu ag jawatan untuk aku, aku pun ready tok seat another interview, tunggu punya tunggu, dorang panggil aku and once again my application rejected tanpa aku di interview,, so korang tau la macam mane yang aku nye BI xsampai standard yang dorang inginkan,, sabar je la kan,,

Nasihat aku kepada para pecari kerja, make sure korang nye BI sampai standard yang di kehendaki oleh pihak company, pastu jangan terlampau nebes or excited, relex-relex je. haha...masa interview tu wat yang terbaek. jangan mudah mengalah, setelah berusaha berdoa la,, hihi