Saturday, July 7, 2012

Entah....

Hahaha,,, dah lama giler aku biar kan aku punya kawasan ne berhabuk, nak wat macam mane, kerja banyak, biasa la orang mula keja, banyak benda kena belaja, maklum la, aku ne bukan jenis yang cepat belaja, aku ne jenis perlu banyak berusaha, perlu berdiri sama tinggi dengan orang laen, walaupun orang laen sukar untuk berdiri sama tinggi dengan aku, kecuali la mereka berdiri atas kerusi, haha,, baru sama tinggi, aku rasa kan dah sebulan lebih aku xupdate blog ne, sampai ada yang tegur, message tanya nape xupdate, rindu nak baca, dengan baca blog hang, ceq boleh ilangkan tension, haha,, macam pelik je kan bunyinye, aku rasa aku bukan wat lawak dalam blog ne, aku just tulis ape yang berlaku pada PRINCE AUTA yang berwajah BABYFACE,, bercakap sal BABYFACE ne kan, ada la orang jeles, dorang xleh terima yang aku ne memang BABYFACE, aku dah puas terangkan kat dorang, tapi still xcaya, tolang la,,

Bila aku dah mula menulis, banyak la yang merapu meraban yang akan kuar, haha,,, xpe3, korang yang paksa aku tulis, so aku tulis ape yang aku nak tulis, korang sebagai pembaca blog aku, baca je ya,, ayat memang tak nak kalah kan, mengalahkan artis kan,, semua nak A je kan,  hahaa... bukan selalu aku macam ne, dalam bentuk penulisan je aku kepoh, but in reality aku seorang yang pendiam... hahaa

Rasa macam janggal pulak bila aku menulis panjang-panjangkan,, bak kata Datuk Fazley Yaakob masa beliau berada di dalam rancang selebriti masterchef, bila dah lama tak jumpa ia agak susah untuk memulakan perbualan or percakapan, beliau merujuk kepada perbualannya dengan Dato' Siti Nurhaliza ya, bukan dengan orang laen, pergh aku tau sey gosip-gosip kat malaysia ne, ne mesti kaki tengok MELODI ne, hahahah,,,  ia la, dah lama tak menulis, perlu asah kan balik segala yang boleh diasah, t bila aku tulis korang yang baca makin stress, pastu ada lak benda yang rosak, haha,, tak pasal-pasal aku terima surat tuntutan ganti rugi, kerana aku yang menyebabkan kerosakan harta benda,, mati aku, kena keja lebih masa ne, haha

Dah banyak page aku menulis, tapi tajuk untuk entry kali ne aku tak pikir ag, haha,, macam biasa la, aku menulis dulu baru ak pikir tajuk nye,, kadang-kadang lama giler nak nak pikir tajuk yang gempak, sebab tu lambat post entry baru, nak pikir tajuk dulu, haha,, bajet gempak je kan tajuk entry, pada hal tajuk macam tu kejap je dah boleh pikir, saje la tu nak cari alasan, aku memang pandai cari alasan, haha, tu fakta, bukan lagi auta, haha

Rasa nye belum terlambat untuk aku mengucapkan Tahniah kepada KELANTAN THE RED WARRIORS kerana telah menjadi juara buat kali ke-2 berturut-turut bagi liga super, gud job, haha..

NOTE: 
Selamat kembali kedunia AUTA, haha

No comments:

Post a Comment