Tuesday, August 30, 2011

Malam Raya

Biasa nye malam raya yang suasana di kerajaan aku amat meriah, Pabila mata melihat ke langit, langit bercahaya dengan pelbagai cahay yang amat menarik perhatian,, Pelbagai jenis bunga api yang dapat aku lihat di sini,, biasa nye kita dapat lihat pada musin new year, merdeka, dah function-function yang memerlukan bunga api, haha.. Tapi disebabkan ada masalah yang tak dapat di elakkan, aku melupakan niat untuk bermain bunga api, namun, kerajaan jiran ada yang bermain bunga api so aku menjadi pemerhati je, never mind, haha,,,


Bila penyimpan mohor besar raja-raja mengumumkan yang esok raya, mula perang saudara antara kerajaan yang berada di sekitar kerajaan ku, kiri, kanan, belakang dan depan mula mengeluarkan senjata-senjata yang ad. haha,, Yang kiri belawan dengan yang kanan, yang belakang berlawan dengan yang depan, kadang-kadang mereka bergabung, haha,, macam dragon ball je,, Yang baek nye perang saudara ne adalah xde pertumpahan darah kerana yang berperang adalah orang-orang tua,, budak-budak maen bunga api kucing je,, haha,,, beza nye tahun ne tak de orang maen mercun ngat. kalau tak, rasa seperti berada di gaza, haha,,


Tahun ne aku sempat ke uptown pada malam raya, saje je pusing-pusing just looking around, haha. di sana aku lihat ramai orang yang berada di sana, walaupun dengan keadaan yang berair sebab hujan, tapi orang tak lepas kan peluang untuk shoping last minute, tak pun lengkap kan mane yang takde, haha,, malam tu aku sempat la beli butang baju melayu, dan selipar nike wana kuning,,, sib baek la aku p hanya menaiki moto, kalau naek keta, susah nak cari parking doe, tu yang malas, pastu tersangkot dalan jem ag, huhu... 

Banyak gak ucapan hari raya yang aku terima,,, tapi ada dua diantara massage yang aku terima menarik perhatian, interesting la untuk aku baca,, Aku ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua umah islam yang berada di seluruh dunia,, di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan selamat hari merdeka, haha,,

Sunday, August 28, 2011

Manusia

Selama aku hidup di dunia nye selama 22 tahun 3 bulan 10 hari, ade beberapa sifat manusia yang amat menyakitkan hati dan pandangan aku, ala, tu pekara biasa r, ape yang aku tengok kat orang bukan semua nye aku suka, begitu gak dengan orang tengok kat aku, lagi pun aku bukan nye manusia yang sempurna, aku hanya insan lemah yang cuba untuk memperbaiki kelemahan yang ada untuk menjada insan yang lebih baek, ceh wah, ayat, xleh bla, haha,,, orang yang tak cuba untuk memperbaiki kelemahan dan membuat perkara yang salah berulang-ulang adalah orang yang bodo, dah tau salah p wat ag wat ape,, bukan bodo kan tu, haha... 

Sini aku just nak bagitau beberapa sifat je, bukan semua, malas aku nak tulis semua, penat aku nak taip satu-satu, macam selalu aku cakap la, aku ne bukan sahaja kaki auta, kaki malas pun aku gak, haha,,, sebelum aku mengarut dengan lebih hebat ag, baek aku continue dengan ape yang nak cakap kan, haha..  Yang paling aku benci ialah orang yang masa susah mula terhegeh-hegeh nak mintak tolong, time dah senang, lupa terus wa cakap sama lu, orang yang bersusah payah tolong masa dy susah, kawan ke macam ne, dorang ingat kita ne jabatan kebajikan masyarakat ke,, time susah p mintak tolong, time senang lupa kan,, haha. 

Next is, orang yang nak mengajar orang tapi diri sendiri pun macam setan,, orang macam ne selalu ngat aku jumpa, boleh di katakan bersepah r, bak kata nenek aku, boleh sepak dengan kaki, maksud nye, ramai la, orang tua-tua ne pandai bermaen dengan bahasa, kadang-kadang dorang boleh reka peribahasa sendiri,, haha,, alasan yang biasa aku dengar ialah tak dorang tak nak orang yang ditegur tu jadi macam dy, sungguh murni kan niat dy, tapi cara tak kena, haha,, perangai yang tegur tu isap dadah, pecah umah, n segala kejahatan la dy laku kan, tp tak insaf-insaf, laen la kalau dah insaf, boleh la di terima oleh dek akal, haha

Pastu, orang yang hidup dy penuh dengan kepura-puraan, dengan bahasa mudah di pahami hipokrit atau dengan bahasa yang agak kasar ialah plastik, orang macam ne, depan kita cakap baek-baek, belakang kita, ape tak kata, dari a-z di cerita nye,, macam salah satu status member fb aku, yang si puan ne wat dajjal kat dy, dy bagitau kat semua kawan-kawan dak ne, rahsia yang paling besar dalam idup dy, sungguh cian, sedang kan masa puan ne ada masalah, dak ne la tempat dy curah kan segala masalah yang ad, sungguh cian, aku hanya boleh cakap bersabar,,

Yang ne selalu berlaku pada aku, haha,, biasa la, orang yang message aku, semua nak aku reply, bila aku message bukan nak reply, bila aku tak reply kata la aku ne sombong, aku jadi sombong tol-tol baru tau, nak majuk la, ko ingat aku nak pujuk ke kalau ko merajok,, ko yang ngada nak majok, ko pujuk r diri sendiri, pe susah kan, bukan  ko je kawan aku, haha,, bapak jahat,, memang la aku tak arap kan orang reply, tapi bila dah selalu kena, kadang-kadang nasfu jahat ada gak kan,, manusia biasa kan, macam aku cakap td, aku bukan sempurna kan,, haha

Friday, August 26, 2011

Cinta

Sharing is caring
Caring is love
Love is CINTA

Aku rasa betol pe yang orang selalu cakap, yang perasaan cinta itu bermula dengan sharing masalah yang berlaku di antara kedua-dua pihak, tak kira laki or puan,, hehe,,, lepas mula share-share,, timbul la pula perasaan take care, atau ambil berat,, ye la tak kan, nak biar je orang yang luah perasaan yang kat kita,, at least bagi la semangat, tak kan nak wat bodo je,, walaupun kita tu tak seberapa cerdik, xperlu la nak tunjuk yang kita ne tak cerdik,, jangan jadi bodo la,,

Lepas lama-lama duk take care sal dy, mula-mula timbul perasaan cinta tu,,, setelah sekian lama tengelam perasaan itu, timbul la iya,, haha,,, tak kira la cinta tu jarak dekat ke, jarak jauh ke, yang penting kena ada kesefahaman antara pasangan, yang laki kena faham yang puan, yang puan kena faham yang laki, susah kan bunyi nye,, relex r,,, bila dah sayang semua tu boleh wat, dun worry r,, haha.. Pastu kena ada kesetiaan, paling penting bagi pasangan yang mengadakan hubungan jarak jauh, haha..

Aku tak tau bila perasaan aku nak bercinta, haha,, nak cakap orang sebelah umah, umah kosong, haha,,, kalau ada,, nak terima mak bapak dorang tu,, aku ne bukan nye encem, poket kosong je,, haha,,,,, tapi orang tua-tua cakap, pilihan orang tua yang paling baek, hehe,,, kalau macam ne, aku nak suruh cik na dan cik wan r cari jodoh untuk aku,, haha,,,, kalau member-member aku tau yang aku suruh mak bapak cari mesti kena bahan, hehe,,, ye la,, sekarang ne kan zaman moden, pasangan kena cari sendiri, korang ingat, yang cari sendiri tu bahagia ke,, kalau bahagia, tak ada yang cerai berai, tak ada yang bunuh bini, tak kan ada bini curang, laki yang curang,, 

Banyak contoh yang ada sekarang ne yang menunjukkan pilihan sendiri tak bahagia, relex r,, aku tak cakap semua, memang ada yang bahagia, tapi berapa banyak ngat, aku rasa dalam 45% je, tu paling maximum la, hehe,, ala,,, kalau jodoh aku dengan pilihan cik na dan cik wan tak lama,, aku cari pilihan sendiri lak,, pastu kita compare r, yang mane terbaek, haha,, ayat tak leh bla,,, nak menang je,, hehe... Bahagian yang last yang aku cerita pasal aku tu hanya lah tipu je,, gurau-gurau je,, jangan nak ambik serius,,

Wednesday, August 24, 2011

Kuih muih,,

Bulan puasa dah nak sampai ke akhir nye,, tapi aku belun jumpa ag kuih kegemaran aku kat kedai,, memang la banyak yang jual kat kedai, kat bazar ramadhan, tapi nak cari yang sesuai dengan selera ne bukan senang doe, yang di jual tu bukan semua nye sedap, wana pun xmenarik pehatian aku untuk membeli, ape tah lagi untuk aku memasukkan ia kedalam mulut ku, haha,, Nanti xpasal-pasal masuk hospital, dah r hospital tu bukan nye suka aku, haha,,, Biasa nye, bulan puasa ne, aku akan beli 2 jenis kuih yang boleh di katakan setiap tahun la aku beli. yang pertama Jala mas, dan yang kedua Roti Khurasan, 

Korang sebut betol-betol, khurasan bukan kurang asam, Roti Khurasan ne macam burger je, kalau xtau burger tu ape baek xpayah idup la,, hehe. cuma khurasan ne di balut dengan kulit popia dan di goreng, pastu di punya inti mcm inti karipap, haha,, sekarang ne aku nak ajar korang cara nak wat kuih kegemaran aku, Jala mas la, Jala mas merupakan sejenis kuih tradisional Melayu yang lemak manis yang dihasilkan dengan menggunakan kuning telur yang dimasak dalam air gula. Kuih jala mas lebih femos kelantan dan terengganu. Dulu, zaman tok nenek aku jala mas biasanya dikhaskan bagi hidangan raja dan kaum bangsawan. Ini disebabkan kos penghasilan yang mahal dan cara menghasilkannya yang rumit.


Nak wat benda ne bukan nye susah ngat pun,, cuma perlukan sedikit ketelitian, kalau bahasa English kita panggil focus. hehe...

Bahan-bahan nye :
  • 15 biji telor
  • 400 g gula halus
  • 2- 3 helai daun pandan
  • 4 cawan air
  • beberapa helai daun pisang tok wat corong
Cara membuatnye :
  • Tapis telor untuk memdapatkan telor kuning SAHAJA. boleh tapis guna kain, dan pukul sedikit telor tersebut,,
  • Masak air gula bersama air sehingga gula tersebut hancur dan mendidih, pastu tapis la air gula tu. kemudian masak air tersebut bersama dengan daun pandan sehingga agak pekat. Dengan menggunakan api yang kecik, xmo yang besor-besor nanti tak sedap, hehe.. didihkan air sehingga berbuih halus,
  • Pastu uraikan telur kuning tadi dengan menggunakan corong pisang ke dalam air gula, biar kan seberape ketika, biar kemanisan tu meresap,,
  • Angkat dah toskan
  • Leraikan urat emas itu di atas pinggan dengan menggunakan dua batang lidi satay or garfu,,
siap la jala mas kita,, selamat mencuba,, hehe

NOTE :

tok resepi ne aku bukan mengauta k, aku membuat rujukan dengan tok wan, haha,,, Cik na wat balik jala mas yang sedap mata memandang, arap-arap sedap la untuk di makan, hehe,,

Friday, August 19, 2011

Idola

Ne cite 2 hari lepas,, tak sempat nak update,, banyak yang nak settle,, biasa la bila dah ada kingdom sendiri ne, nak harapkan menteri-menteri bukan semua nye boleh pakai pun,, hehe,, banyak auta je,, dah nama negeri pun AUTA kan,, haha.. kalau semua nak harapkan menteri baek tak payah nak ada raja kan,, baek menteri je yang jadi raja, 

Back to the story, pada 18 ramadhan ari tu, aku p la solat terawih kat satu kampung ne. Biasa la,, raja berhati rakyat kan, mesti selalu turun padang nak tengok keadaan rakyat, hehe,,, Sebelum p kat masjid tu, aku p ambik PA aku lu,, kena ad assistant tok catat ape yang aku nak cakap dan cadang nak wat kat kawasan tersebut, Aku sampai kat masjid tu dalam kul 8.30 malam, masuk-masuk je masjid tu, aku tengok ada seorang yang di kenali ramai oleh rakyat kelantan, Aku rasa sungguh bertuah dapat lihat beliau depan mata seh, sungguh berbeda dengan lihat dalam kaca televisyen, 


Beliau adalah menteri besar kelantan, iaitu TUAN GURU DATO' BENTARA SETIA HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT.. Aku berasa bangga sebab beliau yang imam kan solat isya'. Sejurus selepas solat, beliau memberi sedikit tazkirah. Antara isi tazkirah yang sempat aku tangkap ialah, mengingati mati, mati ne ibarat menyelam, sungguh dalam maksud nye itu,, kita xkan lama menyelam kan, lepas tu timbul balik. macam tu mati. kita akan di hidup kan balik suatu hari nanti,, 

Aku rasa sungguh bertuah doe ari tu, biar ape yang berlaku, aku bangga dapat jadi sebahagian dari kebanggaan rakyat kelantan, hehe,,,

Wednesday, August 17, 2011

Xtvt week

Tiba-tiba je meriah je aku tengok group XKT 05/06.. Group dalam fb ne adalah group batch aku masa aku belaja kat ganu lu,, zaman budak-budak lu kan, hehe,,, ala,, salah satu sekolah berasrama la,, cukup setakat tu, hehe.. group tu memang dari dulu ag meriah, cuma sejak dua menjak ne,, group tu tiba-tiba je melonjak naek, hehe,,,, 

Setiap tahun, sekolah aku ada satu minggu dalam 1 penggal yang di panggil minggu aktiviti. masa minggu ne, kitorang tak belaja ngat, tapi lebih kepada release tension, hehe,,, minggu aktiviti yang paling best ialah pada minggu aktiviti yang kedua masa aku form 5. Pada minggu tu, pihak sekolah telah merangka program yang amat menarik, yang paling best ada dua amali yang di buat, amali pertama ialah amali sembelihan dan amali yang kedua ialah amali pertunangan, 

Amali pertama, amali sembelihan. pada waktu tu, kitorang pelaja form 5, di kenhendaki menyembelih ayam, tujuan nye adalah untuk memberikan lagi fahaman terhadap cara menyembelih haiwan dengan betol. orang selalu cakap, yang pekara yang kita buat lebih mudah di ingati dari pekara yang hanya di dengar,, It's means, bila kita wat, kita gunakan semua pancarindera kita, lebih bermutu la ilmu yang kita ad,, hehe... pada masa tu kami sembelih berpuluh ekor ayam, dah seekor lembu, hehe,, walaupun berpuluh ekor ayam, bukan semua yang boleh dimakan,, sebab nye tak di sembelih dengan cara yang betol, biasa la budak-budak baru belaja kan,, hehe,, ambil galah tolong jolokan, hehe,,,,


Yang kedua lak sal pertunangan, masa ne kami bergabung dengan pelajar form 4, form 5 jadi pihak lelaki dan form 4 jadi pihak perempuan, jodoh ditentukan oleh keluarga, haha.... so anak-anak kena terima kententuan itu, hehe,, orang tua-tua cakap yang pilihan ibu bapa lebih baek dari pilihan sendiri, haha,, aku xtau nak komen pe sal tu, sebab aku belum sampai ke alam itu, haha... sambung-sambung, tok program ne, kami kena wat hantaran, yang penting kena ada cincin, cincin kan simbol ikatan, pergh,, ayat xleh bla, haha.,.. 


walaupun napak fun program, tapi ia sebenarnye adalah satu pertandingan, bagi kami, just want to have fun, menang ke kalah ke semua tu xtelintas pun dalam kepala otak ne, haha,, masa program berlansung, kami di mestikan menetapkan tarikh perkahwinan, jumlah mas kahwin, hantaran semua la,,, nama je majlis pertunangan tapi mengalahkan majlis perkahwinan, haha,, siap dengan silat pulut ag, dengan berbalas pantun ag, cuma yang kurang nye, xde tok kadi, haha.. lepas tu ada makan-makan, lauk tu dari ayam dan lembu yang kami bergotong-royong menyembelih,, haha... makan ape yang kami wat, laen macam je rasa nye, haha..



NOTE : 
thanks to abang zaki yang mengupload gambar batch kami, lawak pun ada tengok gambar old school,, t kalu ada ag, tolong la upload ag. hehehe.. kerna gambar ne gak la,, kawan aku tiba-tiba je tukar status kat fb.. dari single ke married to ......... tahniah la aku ucapkan, walaupun xjemput aku,, ( ^_^ )

Sunday, August 14, 2011

Teman tapi mesra

Tiba-tiba je aku tertekan lagu ratu kat dalam list collection, lagu yang femes tu la,, teman tapi mesra,, xkan tu pun korang xtau, pe da,, xpe3,, ne ad cikit lirik dy, klu nak dengar lagu tu korang buka je youtube ke, download ke, pandai-pandai la, dah beso semua dah, xkan nak ajo semua, berdikari cikit, sekarang ne dah zaman moden, jangan tengok benda xsenonoh je,, hehe,,

Aku punya teman
Teman sepermainan
Dimana ada dia selalu ada aku

Dia memang manis
Dan juga baik hati
Dan dia slalu ada waktu
Untuk membantuku
 
hehe,, sambil dengar lagu ne, aku teringat kat member aku, dulu bukan maen ag nak cover line, cakap la yang kami hanya kawan je, macam ko dengan dy la, bermacam-macam la alasan yang diberikan, baget artis la tu, hehe mengalahkan aku, aku walaupun PRINCE AUTA, xde r auta sampai begitu, ne mesti nak wat rampasan kuasa, hehe.. kalau berani, wat r, ko xtau yang aku ad bela merlin, haha,,,

Back to story, bila ad problem, baru nak nak ngaku, tu pun still ag nak cover line, tapi aku still ag tau, dekat sebulan hp dy xberbunyi, sunyi sepi, cian doe, meh aku message. jangan x layan suda, haha.. sepi punya pasal, hp tu boleh di sepak terajan, nak suruh bunyi punya pasal, kalau aku ad masa kejadian, aku suruh dy beli lu iphone4, baru sedap nak sepak, hehe, sambil tu sempat gak aku korek cite dari dy,, 
 
 
Rupa-rupanye dak ne dah melepasi tahap kawan biasa dah lebih 6 bulan lebih,, lama dorg sorok kan, haha,, tp aku still lagi di tahap yang lama,, xlaku doe, haha, Tapi sayang, kenangan yang terbina selama 6 bulan lebih itu di lupakan begitu sahaja, kerna orang ketiga, haha,, orang ketiga di sini bukan syaitan. hehe,, orang ketiga ialah orang yang menghasut, kerna prob kecik je, tapi hasutan orang yang membuatkan iya menjadi beso. hehe...

Malam ne, aku rasa macam wartawan hiburan lak, tulis sal gosip, tapi xpe, aku dah mintak permission tok tulis sal ne,, Sory ya,,, hehe

Wednesday, August 10, 2011

Kenangan mengusik jiwa

Bila takde kije yang perlu dilaksanakan fikiran mula la melayang memikirkan perkara yang lepas-lepas. Disebabkan sekarang ne bulan puasa, bulan baek, aku takde r fikir yang bukan-bukan, jaga tatasila dan pertuturan, haha,,, 

Aku terkenang saat berpuasa di hostel lu, best doe,, aku memulakan kehidupan hostel pada umur 16 tahun, tok lebih senang tingkatan 4, masa ne kehidupan aku boleh di katakan agak terumbang ambing, al-maklumla baru nak mula berdikari, semua nak kena urus sendiri, dulu ade yang urus, dulu jadi bos, sekarang jadi kuli dan bos, Two different things. luapa kan pasal ne, kita teruskan masa bulan puasa lak,, 

Masa form 4, aku ne junior, so sebagai TRADISI yang perlu di teruskan, junior perlu hidang makanan untuk berbuka puasa tok senior, ini boleh dikata kan buli, tapi TRADISI kan. kadang-kadang aku terfikir sapa yang mewujudkan kan tradisi macam ne, menyusahkan orang tol, haha,,, Bila aku mendapat jawatan senior, baru aku faham kenapa tradisi macam ne di adakan, haha,, macam biasa la, tradisi mesti di teruskan, so masa aku form 5, juadah berbuka ada orang tolong hidang kan, heaven kan, haha,, masa tu, kalu tertido pun xperlu risau sal makanan, terus je p kat dewan selera (DS), duduk and tunggu orang azan je,, Pada waktu petang, kami di boleh kan untuk p ke bazar ramadhan, tapi kena gilir r,, kalau ari ne pelaja lelaki, esok pelaja perempuan, macam tu la sampai abes puasa,,

Untuk bangun sahur, kami tengok pada hidangan, kalau hidangan tu ikan, amat liat untuk bangun sahur, tapi kalau ayam or daging, bangun terus, bapak memilih, biasa la, hidup ne, kadang-kadang perlu memilih, haha,, Tu zaman sekolah, dah bertahun berlalu, haha. Masa duk matrix xde yang nak hidang makanan untuk kita, kita urus sendiri ape yang di makan, pada masa ne, kul 5 or 6 mula la turun ke kafe-kafe untuk mencari juadah berbuka, since aku selalu berbuka dalam 3 or 4 orang, so boleh la makan 3 or 4 lauk, maksud nye, setiap seorang beli satu lauk, pastu share-share la, share is caring, haha


Tok sahur, kadang-kadang sahur, kadang-kadang tak. kalau sahur, makan magi je, magi kan kawan baek pelajar, haha,, xpun makan ape yang ad, kalau kafe buka ag, turun p beli,, kita dah masuk 11 hari berpuasa, xlama ag nak raya, hehe,,, Sabar ya, kejap je tu,,

Tuesday, August 9, 2011

Wanita lebih ramai??

Surat khabar berita harian yang bertarikh 30 julai yang bertajuk wanita banyak pilihan, haha,,, Ape yang dimaksudkan dengan wanita banyak pilihan ialah jumlah lelaki lebih ramai dari jumlah wanita. Dulu ramai yang cakap lelaki ni sikit je, tapi pandangan tu dah salah pada tahun 2011..

Sekarangan ne penduduk Malaysia berjumlah 28.3 juta. 14.56 juta adalah lelaki dan 13.77 juta adalah wanita. beza 0.79 juta, banyak tu, bukan cikit, rasa nye kalau letak 0.79 juta tu kat negeri paling kecik kat Malaysia ne, kita boleh cakap yang negeri tu negeri lelaki, haha,,,  lelaki telah atasi perempuan dengan nisbah 106 : 100. Negeri yang paling ramai lelaki ialah negeri Pahang.

semua data ne diperoleh dari Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010. Banci ini dijalankan setiap 10 tahun, So next bancian adalah 2020. lambat ag tu,, ada 9 tahun ag, Bancian ini di jalan kan oleh jabatan perangkaan negara. kalu korang nak tau ape itu jabatan perangkaan, korang p je kat jabatan perangkaan negeri or p kat website untuk mendapat more information, haha,, aku malas nak terangkan, aku ne memang pemalas yang paling tegar, hehe

Walaupun jumlah lelaki lebih ramai, tapi wanita lebih mendominasi kecemerlangan dalam bidang pendidikan serta kemasukan ke institusi pengajian tinggi. Tunggu la result bancian 2020 nanti, result pasti akan menunjukkan yang lelaki pula yang akan mendominasi kecemerlangan, haha..

Saturday, August 6, 2011

Pandangan Manusia..

 Ali : Awak puasa ??
Minah : Yela..
 Ali : Kenapa awak puasa ??
 Minah : Bodohnya awak.. kan ALLAH suruh puasa, saya puasa la..
 Ali : Kenapa tak tutup aurat??
 Minah : Eh, suka hati saya la.. hak masing-masing.
 Ali : Owh.. tapi kan ALLAH yang suruh kita tutup aurat.

Bila ak terbaca perbualan ini, aku rasa terpanggil untuk menulis. ia betol pekara macam ne amat susah untuk di katakan, hehe,,, ia betol setiap manusia atas dunia ne di lahirkan dengan hak mereka sendiri, tapi yang mane lebih penting, hak atau suruhan ALLAH, bagi aku la, hak tu boleh di ketepikan dulu,

Sal hal ne aku xnak hurai lebih-lebih, aku tau tahap aku, hee,, aku bukan la orang alim yang bisa berkata-kata, aku juga bukan orang yang penuh ilmu agama di dada, aku hanya orang yang still belaja untuk memajukan diri, AMIN,, hehe,,,

Renungkan ape yang aku tulis, hehe,, kita dah masuk 7 ari berpuasa, 1st week puasa, selamat berpuasa dan selamat beramal, perbanyak kan amalan kita di bulan yang mulia ne,

Thursday, August 4, 2011

Exam

Pada 16 Julai ari tu, aku di arah kan untuk memduduki exam, bukan sebarang exam doe,, haha... aku dapat surat dari suruhanjaya perkhidmatan awam malaysia (SPA). sekarang ne, nak kerja kat government kita kena melalui beberapa tapisan sebelun di panggil interview.

1st step kita kena duduki exam lu,,, ala,,, exam macam budak-budak sekolah, duduk dalam dewan,, hehe,, aku p exam untuk jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD). exam ne di jalankan di dewan b, sek keb pasir pekan, ia ad 5 seksyen (A,B,C,D, dan E). 

Seksyen A tu tok pengetahuan am, bagi aku yang bukan sukak baca-baca ne, korang tau la macam mane ak nak menjawap soklan ne, tp aku sebelum masuk exam dah sedia kan peluru pistol awal-awal ag, haha,, Seksyen B diberi nama daya menyelesaikan masalah, dalam kata laen mathematics la.. soklan ne dalam bidang kuasa aku so, aku menjawap dengan yakin sekali, haha,,, tapi sayang nye masa xcukup. masa yang diberikan hanya 45 minit untuk 40 soklan, lebih kurang 1 minit untuk 1 soklan, haha,, kalkulator xdibenarkan guna, so korang p la sendiri sempat ke x,, haha

Seksyen C adalah sal pengertian dan kefahaman terhadap esei. dy macam kita baca esei pastu jawap soklan, Seksyen D dan E adalah kena tulis esei, satu esei tok bahasa melayu, satu ag untuk bahasa inggeris, aku mane pandai nak karang-karang ne, haha,, so bab ne memang aku fail, hehe,, tp aku gagahi untuk menjawap,, dengan penuh ilmu di dada aku menjawap soklan yang diberikan dengan penuh yakin, haha,,,, apa-apa pun keputusan nye, aku akan terima dengan penuh redha,,