Sunday, August 8, 2021

Covid Is Real

Selamat Pagi dan Salam Sejahtera.

Dah nak masuk 2 tahun kita hidup dengan covid ne kan. tapi masih ada yang orang xcaya. Dari jumlah kes puluhan sehari ke belasan ribu sehari. masih ada yang menyatakan covid nia alalah satu konspirasi yang direka untuk menakut-nakutkan rakyat. what the ........

Duk scroll WhatsApp's status ari ne, ak tertarik dengan satu post yang dipost, yang duk cakap yang sekarang baru nak sedar yang covid real disebabkan yang dapat covid ne adalah VIP / instafamous / celebrity. lagi satu whatttt... 

Ok la,,,, iya aku ne salah sorang covid survivor. aku sendiri pun dapat nak recall dekat mana aku boleh dapat covid, sebab 3 minggu sebelum aku disahkan sebagai pesakit covid, aku hanya duk dirumah dan hanya keluar bile perlu iaitu pergi kerja and beli barangan keperluan. last-last aku dapat sakit ne. masa mula-mula dapat result macam tak caya yang aku boleh dapat sebab SOP semua jaga. yang bersyukurnye semua yang rapat dengan aku hanya perlu kuarantin sebab close contact dengan aku dan result diorang adalah negative.

aku duk berkurung dalam bilik selama 4 hari sebelum kena p ke CAC Stadium Melawati untuk assessment. lepas siap assessment tu, aku diarahkan untuk ke MAEPS, g naek bus k, ramai-ramai. macam rombongan nak ke MAHA.. hahaha... sampai je MAEPS tu, aku kena diarahkan turun dekat 1 hall untuk checkup lagi, dekat sana aku dapat tau yang aku ada radang peparu sikit. biasa la ayat nak sedapkan diri. haha. actually, aku ada covid state 3 kot. duniaku gelap kembali. haha,,, aku duk dekat sana dekat 9 hari gak, biasa la dah sakit, selagi xbaik mane boleh keluar kan. so bertahan la.. total kuarantin aku dekat 13 hari gak.


Petugas dekat sana tiap masa akan pantau pesakit, ada yang ambil darah, xray, tekanan darah and so on.. service yang diberikan adalah tiptop. amat puas hati. korang jangan duk kecam dorang sangat. klu dorang tinggi suara tu, faham la, dorang pun manusia biasa, penat, kena pakai PPE 4 - 5 jam, pastu duk layan kerenah korang yang ntah pape. ada yang ok, ok la. klu dapat yang perangai ala-ala diva. adoi,, 

lepas dapat keluar dari sana, lagi la aku jaga SOP, takut kot, padahal dalam badan dah ada virus tersebut. aku ada baca 1 article yang menyatakan orang yang kena covid ne secara teorinya virus akan ada dalam badan selama 3 bulan. cuma virus tu tidak akan menjangkiti orang lain. jangan risau ya, korang selamat bersama dengan covid survivor (insyaALLAH)..

Nasihat aku pada orang yang dah disahkan positive adalah:

1. Berfikiran positive

2. Jaga / Pantau kesihatan anda  

3. Ambil supplement untuk menguatkan imunisasi badan


Bile dah lama xmenulis ne aku jadi blur,, hahah,, dah xtau nak tulis ape, tapi yang penting covid itu memang wujud. so ambil langkah yang sewajarnya untuk mengekang penularannya. seperti, patuh SOP, ambil vaksin dan lain-lain.

Tuesday, April 28, 2020

Paycut

Hai,,

Dah nak masuk bulan baru, bagi yang kerja mesti dah dapat gaji kan, terutama kakitangan kerajaan. dorang punya gaji awal. sama je gaji awal ke lambat. cukup masa masuk, cukup masa abes. bergantung pada korang berbelanje. Macam aku dulu gaji setiap 25Hb, ada masuk awal if ada keperluan (perayaan selalunya). tapi sekarang setiap 28HB, tak kira la raya ke. masa awal-awal dulu agak susah nak bajet walaupun hanya 3 hari beza. hahaha...

Hari ne aku bukan nak cite pasal tarikh gaji, aku nak cite pasal gaji. sejak covid datang melawat Bumi sekarang ni, kehidupan rakyat Bumi makin susah. kesan yang paling besar dari lawatan tersebuat adalah ekonomi. ia la, macam mane nak dapat duit untuk menampung segala perbelanjaan dan komitmen yang dah sebati dengan diri. hihihi.. 

Banyak syarikat yang terpaksa aktifkan Cost Control Management (CCM) hanya untuk survive. antara  CCM yang telah dijalankan adalah:
                              1. Paycut
                              2. Unpaid leave
                              3. Headcount reduction
                              4. shorted work week.
                              5. lain-lain

tapi yang paling femes adalah paycut. erm,,,,, macam mane nak komen pasal ne.. hahaha... 

ok, sambung, bagi aku la, if takde cara lain, baru boleh buat potongan gaji. tu pun kena berperingkat. bukan main potong je. mau mati la., hihihi.. klu ikot sedikit ilmu yang aku ada, setiap syarikat kena ada simpanan sekurang-kurang enam (6) bulan untuk menampung kos operasi. sekiranya takde 6 bulan simpanan tersebut. try la cari usaha lain untuk membantu staff selagi dari potong gaji. if semua cara dah tak dapat. nak buat macam mane kan. terpaksa la potong. tapi ko jangan la kasi potong sama rata dari top management ke kerani jumlah sama je. kesian orang bawah. 

Padangan aku, buatlah study dulu pasal kesan ape yang akan terjadi nanti. bukan semua orang senang. walaupun akan ada yang cakap syukur masih kerja and dapat gaji. untuk ape dapat gaji tapi still xdapat nak dapat bayar segala komitmen. bukan boleh potong macam tu je komitmen yang ada. syukur dan kelangsungan hidup dua perkara yang berbeza.

aku ada dengar orang tak mampu nak bayar duit sewa rumah, bagi sesetengah orang sewa RM180 sebulan bukan satu nilai yang besar. tapi ada orang hanya masih tak mampu nak bayar duit sewa rumah since tak dapat bekerja. gaji hari katanya. 

since aku tak tau nak bebel ape lagi pasal ne, aku stop dulu la ya... bahaya komen lebih-lebih pasal ne... hahaha,,

Thursday, April 23, 2020

PKP

Walaweiii,,,,

lama xupdate. last update 2013. masa tu tak terlintas dalam benak fikiran manusia yang pada tahun kereta terbang manusia terkurang lebih awal dari syaitan, hihihi... banyak benda terjadi dalam hidup ne dalam masa tujuh (7) tahun ne. yang penting dalam masa ne siapa sangka, aku telah bertukar kerja dari KL ke Klang. nak cite pasal ape yang terjadi dalam tempoh 7 tahun ne memang berjela la tulisan aku, untuk masa sekarang ne, memang tak la aku nak tulis. 

Aku nak cite pasal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh PM bermula 18 Mac 2020 telah dilanjutkan sehingga 12 Mei 2020, dah masuk fasa ke-4 woi. dekat 8 minggu. lama tuh. boleh mati kutu duk umah. tapi apa boleh buat. follow je. itu je yang mampu kita buat untuk atasi penyakit ni. 

Sepanjang PKP ne, ada perkara yang aku tak penah buat, aku buat.. bagi aku pelik la, mungkin bagi orang lain itu biasa. sepanjang aku bernafas atas muka bumi ne, aku tak penah buat complete dish. haha.. maksudnya adakah

                  1. Pergi kedai beli lauk,
                  2. Bersihkan lauk
                  3. Sediakan barang masak
                  4. Masak
                  5. Kemas dapur
                  6. Makan

Aku ne jenis pemalas yang amat untuk masak. biasa nye aku just beli je makanan, paling rajin pun aku tuang air panas dalam megi. kalau aku ada beli buah yang kena buang kulit, if xde orang buang kulit buah tu, buruk la buah itu dalam peti. sebab tu aku suka beli buah anggur je. senang, basuh and makan. lagi best kalau dapat yang seedless. nikmat hidup. hahaa... 

Sepanjang PKP ne, ak dah masak dekat 5 dish. satu pencapaian yang boleh dibanggakan. walaupun rasa ala kadar je, tapi boleh la untuk aku makan sorang. kalau untuk buka kedai tu, kena banyak belaja dan belatih la. Yang paling aku suka masak adalah Tom Yam, sebab campak je, xperlu banyak barang kena potong. hahaha.. guna pulak pes yang dah siap. senang hidup.

Bagi manusia macam aku, waktu macam ne adalah waktu terbaik untuk belaja masak. walaupun makan simple hanya telur goreng. hihihi... aku ada la terbaca satu group dekat FB ne, lupa nama group (faktor usia). pasal ape yang dimasak la, ada yang jadi ada yang xjadi. tapi bile aku perati dengan teliti, ada gak yang macam sengaja masak xjadi, just untuk buat lawak. adoi, makanan kot plus ko dah membazir. tak elok. kurangkan pembaziran. kita xtau ape yang akan terjadi dimasa hadapan.

So far, aku still lagi virgin tik tok. hahaha.... tapi xtau la, dengan extend PKP ne. adakah aku masih lagi virgin or not (Tik Tok).... hahahahahaha. tunggu.... 

Nasihat aku, patuhi arahan yang dikeluarkan. stay at home, keluar bile perlu, jaga kebersihan, jangan membazir. 

Adios,,, Bye....

Sunday, June 9, 2013

Farewell

Sudah agak lama jari jemari yang gemalai ne tidak menari nari diatas keyboard laptop aku ne, nak wat macam mane, niat di hati untuk menulis tu ada, cuma idea je tidak penah mau kunjung tiba, aku ini ibarat PUNGGUK RINDUKAN BULAN, haha. gile ke ape aku ne, pagi-pagi buta dah bermadah berhelah,, madah berheleh aku tidak dapat lawan kak ziana zian k, aku ne manusia biasa yang tidak fofular bak kata kawan aku, ari ne aku nak mention nama dy,, dy yang bagi cadangan untuk aku menulis,, so sekarang ne dy adalah sumber inspirasi aku, nama dy adalah MUNIRA AMIZA. mesti dy marah t,, haha,, sorry la ya,,, saya suka kawan-kawan saya fofular, hahaha

Pada hari jumaat yang lepas (7 Jun 2013, kira-kira pada pukul 4.30 petang, seorang manager kat tempat aku kerja telah mengarahkan ofismate aku untuk membuat sebuat farewell party untuk salah seorang staff kesayangannya yang akan berhenti kerja. ofismate aku ne telah la menempah 40 unit cupcake yang comel, bagi aku la cupcake ne hanya sesuai dimakan oleh orang yang BABYFACE macam aku je,, hahaha. korang jangan jeles k, aku tau korang ne aku cakap macam tu mesti ada yang jeles, hahaha,, 


So bile semua persiapan untuk sambutan itu dibuat dengan rapi, kami dipanggil untuk rapat umum, penuh la ruang makan yang hanya terdapat 1 meja bulat dan 4 buah kerusi yang berwarna merah terang, amat comel kerusi itu, hahaha.. majlis dimulakan dengan ucapan dari manager, bos xdapat bagi ucapan sebab bercuti. haha,, dengan ringkas nye dy berucap yang staff dy ne ada perkara yang penting hendak di umumkan, kami menanti dengan sabar dan tayaduk, haha..

Budak ne cakap dengan tersekat-sekat, malu kata nye, haha,,, aku ape ag paksa la dy cakap, dy still ag tersekat-sekat.. takut ke, aku ne muka baek la, xpayah takut-takut, lagi pun aku tak makan orang cuma makan makanan yang comel-comel je,, haha,,, dalam ucapan nye, dy ada bagitau yang dy takut hari ne mungkin tidak akan jadi farewell untuk dy, jeng jeng jeng jeng... 

Dengan sepantas kilat aku melihat kepada muka 2 orang jejaka yang bersungguh-sungguh pergi beli hadiah untuk budak ini.. muka tak puas hati doe, pada muka korang,, orang laen berhenti ko xde lak bagi hadiah, dy nak berhenti ko bagi hadiah, mentang-mentang la dy comel and cute cuma tidak BABYFACE macam aku je,, haha,,, sampaikan budak praktikal pun beli adiah, sedih aku,, aku masuk ofis selepas solat jumaat, aku duk dengar bunyi solatip. biasa la ofis sunyi macam duk dalam gua. biasa la kan xde orang sangat, aku ape ag, capai la hp, message budak tu, untuk tanya kabar, nape ad bunyi solatip, dy cakap diam ne adiah untuk orang nak berhenti, haha.. so NOTED.


Dari nak bagi kejutan pada dy, kami yang terkejut, so ape ag, xjadi farewell la, jadi pesta makan cupcake, haha,,, aku ape ag, kek yang dapat comel, aku la comel, so memang kena la, haha, banyak la gambar aku ambik, ne antara gambar yang aku dapat tunjukan untuk korang.



NOTE :
Gambar last tu adalah gambar bila muka BAEK dan BABYFACE.. haha

Saturday, May 4, 2013

Politik

Esok dah 5 Mei 2013, tarikh yang akan ku ingati kerana tarikh tu adalah 1st time aku menjalankan tanggungjawap aku sebagai rakyat Malaysia. korang jangan cakap korang xtau tarikh ape tu, kalau korang xtau tarikh ape, memang sah korang bukan rakyat Malaysia (MAYBE). haha... negara kita dah nak masuk 13 kali mengadakan pilihanraya. Pilihan Raya Umum (PRU) ini diadakan setiap 5 tahun sekali. aku mengajar sejarah cikit ne, haha. sampai ke hari ini 4 Mei 2013 jam 11.30 malam yang berbaki lebih kurang 30 minit je lagi untuk berkempen aku still ag xtau aku nak undi mane.


Panjang giler aku punya pendahuluan aku, tapi tak pe bukan selalu pun kan, entry kali ne adalah pasal PRU yang ke-13 iaitu esok.. zaman sekarang bukan zaman PRU kali ke-1,2 or 3. perlukan tenaga kerja yang ramai. sekarang ne zaman sudah moden, ape kata korang berkempen melalui media massa or social media, itu adalah lagi senang untuk korang rapat dengan golongan muda, berdasarkan kajian yang aku jalankan, calon perlu keja lebih untuk pikat golong muda terutama yang BABYFACE macam aku ne, menang susah nak pikat. hahaa...

Aku rasa dah cukup panjang aku membebel di atas tu, sekarang ne aku nak berkongsi ape yang aku xsuka pasal politik ne, yang aku paling tak suka adalah fitnah. kalau korang RAJIN baca paper or tengok TV. terlalu banyak fintah yang dijalankan oleh parti politik untuk meraih undi. kami golongan muda tidak mudah terima ape yang di perkatakan atau diwar-warkan tanpa selidik terlebih dahulu (SEGELINTIR). hahaha

Next, adalah poster. banyak poster yang di terdapat masa berkempen adalah poster yang tak patut di gunakan, sebagai contoh poster Tok Guru Nik Aziz tengah minum air dalam piring, dorang samakan dengan anjing yang sedang minum air, bodo betol kan. napak sangat orang yang buat poster tu tidak penah belaja pasal amalan RASULLAH, yang tang kawen 4 tu nak pulak ekot, yang laen xnak ekot, huhuhu,, 

Orang menggunakan budak-budak yang bawah umur untuk berkempen bagi aku adalah orang yang terdesak untuk mencapai kejayaan. aku berasal dari kg. so aku tau bagaimana suasana kg, dan bagai mana budak-budak ne digunakan oleh sesetengah orang untuk berkempen, budak-budak ne xkan berkempen kalau xde habuan nya. lagi satu, budak-budak ne mudah terpengaruh dengan cerita-cerita yang dorang dengar dari orang-orang sekitar. pesan aku untuk budak-budak ne, belajar la dulu biar dapat kenal dunia dulu, xpayah korang nak join politik ne, rosak korang nanti.

Lagi satu, aku xtak suka bila korang politik kan agama, sebagai contoh, ada yang mengatakan undi or masuk parti ini adalah berdosa, haram, kafir, sapa kita nak tentukan dosa pahala seseorang, walaupun tinggi mana pun korang belaja, best student macam mane pun, korang still ad xde hak nak menentukan dosa seseorang. orang yang menghina ulama adalah orang yang bodo bagi aku, for your information, boleh di anggap sebagai penganti para nabi. 

Bagi aku la, politik ini adalah sesuatu yang kotor dan buruk, kat kira la mane-mane politik bila dah terjebak dalam tu memang susah nak berpatah balik, antara yang kotor tu masih ad yang tak seberapa nak kotor, so gilap la yang xseberapa itu supaya tidak kotor. makan dalam, haha.

NOTE : 
aku still konpius, dah tiba hari mengundi. selamat mengundi

Sunday, April 14, 2013

Recap

Sedar tak sedar dah sebulan lebih kita menjalani idup kita di tahun baru ini, syukur la dengan ape yang korang ada, walaupun korang rasa korang rasa korang kurang tidak bernasib baek tetapi masih ada orang yang kurang bernasib baek dari anda, aku bukan nak jadi ustaz kat sini, just bagi semangat and sebagai pembuka kata bagi entry yang aku sedang tulis ini,

Dah empat (4) bulan berlalu baru aku nak tunaikan janji yang telah aku buat pada 24 Januari 2013. sungguh xsenonoh aku ne kan, yang penting aku cuba tunaikan janji aku, bak kata PM kita JANJI DITEPATI, hahah. bukan senang nak tepati janji ne tau,menabur janji memang senang, ibarat makan nasi, haha,,, giler pandai lebar aku menulis tapi belum masuk ag isi-isi penting ag. haha

Perkara pertama yang terjadi pada aku pada tahun lepas adalah aku ke JOHOR seorang diri. 1st time tu, naek bas dari Kelantan ke Johor. kebas aku punya bontot sebab duk lama sangat tas bas, haha.. sampai je di johor, aku naek teksi ke umah sewa, haha,. dengan umah tu aku xpenah tengok macam mane keadaan nye, siapa pemiliknya, macam mane perangai pemilik tapi aku redha je la, haha,, tawakal itu penting, tapi syukur, semua nye berjalan dengan lancar,

Seterusnya, pada bulan April (4) hampir setiap minggu aku ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja tetap. tabah kan aku demi mencari rejeki yang halal, haha,,,, 1st interview, aku di reject awal-awal ag berdasarkan alasan BI aku tidak cukup POWER, haha,, mybe la kot sebab aku tak suka minum kopi tambah-tambah ag POWER ROOT. haha. tapi takpe, interview punya interview akhir nye pertengahan bulan 4 aku dapat interview kat KL SENTRAL. tempat aku kej sehingga sekarang.


Berikutnya adalah pada 18 Mei, last day aku kat IIB dan masa tu birthday aku, haha,, best kan bila ada orang sambut birthday kita. haha.. sweet sangat. suka-suka. no komen lebih-lebih. nanti orang cakap masuk bakul angkat sendiri, haha,, kalau di pikirkan balik, baek angkat sendiri bakul tu, sebab nak harapkan orang angkat lambat ag, ko mati baru ada yang sudi nak angkat (KALAU ADA).. hahaha

1st gaji aku, aku enjoy dengan duit tu,, heaven je rasanye, hahaha,, ye la,, gaji yang aku dapat sebulan bersamaan dengan satu sem duit PTPTN. hahaha,,,  aku guna p gambang waterpark. p jalan-jalan. dan yang paling penting, aku guna wat shopping.. haha... aku ne jenis kaki shopping. haha.


Tahun lepas gak 1st year aku bagi duit raya,, haha,, mati-mati.. tahun ne pun sama gak kena bagi duit raya,, haha,, kena kumpul dari sekarang r, nak beli kelengkapan raya ag, sekarang dah bulan 4 nak masuk bulan 5, ada 3 bulan ag nak raya, so mulakan menabung dari sekarang. haha..

Tu je kot yang aku rasa perlu di kongsikan untuk recap ape yang berlaku sepanjang tahun 2012. haha., kalau nak tau lebih lanjut, mohon untuk baca entry yang telah aku tulis dalam blog ne. rajin-rajin kan la untuk meng"skodeng" aku punya blog, bukan banyak pun entry ada, aku rasa 1 hari saje dah cukup untuk korang abeskan baca semua entry aku ne, betol x?? haha

NOTE :
minta maaf la ya, dah lama tak update, busy sikit sekarang ne, tapi aku akan cuba sekerap mungkin untuk meng"update" blog ne. haha

Thursday, January 24, 2013

Buah Tangan

Biar la aku buka bicara dengan SALAM MAULIDUR RASUL. sambil korang tolong aku kemas aku punya blog yang bersayang bagai nak rak ne, mari la kita sama-sama berselawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Giler r dah lama aku tak datang ke ruangan BABYFACE ne. haha. biasa la makin hari makin banyak keja yang sudi melawat aku. kalau datang melawat je xpe, ne siap bawah buah tangan. kalau buah tangan yang IA bawa tu sikit xpe, ne x, mau penuh meja aku dengan buah tangan yang di bawa oleh KEJA. yang pelik nye aku xpenah buat open house, banyak lak yang datang. stress aku,, haha tapi xpe, orang datang bawa buah tangan kan, aku terima je la.. hahaha,, mesti korang kurang paham dengan ape yang aku cuba sampaikan, hihi,, biasa la bila dah weng ne. mula nak mengarut tambahan pula dah lama jari jemari aku tidak menari-nari di atas keyboard laptop ne,, sesekali biar la ia menari untuk menghilangkan penat. 


Hahaha... ape yang aku cuba sampaikan di atas adalah, sekarang ne aku teramat busy dengan kerja harian aku, sebab tu aku tak sempat nak membersihkan sawang-sawang yang berada di BLOG aku ne,, kalau nak bercerita pasal ke"busy"an aku ne memang 5 hari 5 malam belum tentu abis ag, banyak tau cerita yang ingin di sampai kan. haha.. yang paling aku stress adalah cuti aku DIBEKUKAN sehingga bulan 3. so aku tak dapat la nak p release tension. duk je kat ofis mengadap laptop and wat keja. haha., rutin harian aku.

Tu je yang aku aku sempat tulis ari ne, nanti aku recap balik ape yang aku alami sepanjang tahun 2012. alang-alang dah masuk tahun baru ne kan. so kita kenang cikit ape yang berlaku pada tahun lepas, haha