Saturday, May 28, 2011

Penat...

Bangun je dah pukul 7.00 pagi.. Tp aku tido pukul 2.00, maksud nye aku hanya tido lebih kurang 5 jam,, untuk maintain kan rupa yang kuit miut ne, aku perlu tido at least 8 ke 9 jam sehari,, haha. Pukul 7 tu aku bangun pun sebab cik na yang kejut kan, nanti kalu x bangun berbakul-bakul la aku makan kerepek pagi-pagi buta... tak sanggup aku, haha... Walaupun amat sukar tok bangun pagi, aku gagahi diri ini untuk membuat cik na dan cik wan happy,, boleh caya ke?? haha,,, korang caya la,, ceq xtipu nye,,,

Setelah ciap bersiap. aku diberitahu yang tempat keja cik na dan cik wan ada membuat family day bertempat di Perdana Beach Resort. Aku ok je,, tapi yang aku malas nye,, ade tema doe,, kena pakai baju warna putih or merah, penat aku cari baju merah or baju putih, last-last aku mengambil keputusan tok pakai baju putih, so dalam famili aku, aku je yang pakai baju putih, special one tu,, haha 

Sampai je, aku menyertai hanya 5 acara je,, hanya tok ilang kan bosan aku kat sana, hehe,, acara pertama aku adalah bola tampar, aku daftar dalam group cik wan, tp aku maen tok group orang laen,, haha,, lawan lak group cik wan, aku ape lagi, terus bagi cik wan menang, haha,, anak yang baek kata kan,, akhir nye group cik wan mendapat tempat kedua, tahniah aku ucapkan. Acara kedua lak, aku kena jadi mat kepit, bes doe,, haha,, macam mane xbes, aku kena kepit buah kelapa kat peha, cuba korang buat, mesti tau macam mane rasa nye,, haha,,, tapi sayang nye,, aku juga kalah,, haha.. Next game ialah cari harta karun, ad 10 barang, dan aku dapat no 2 doe,, xbangga pun,, haha,, dan laen-laen game aku maen ialah bola jaring dan the mummy,, semua kalah, haha..

Aku juga sempat bergambar dengan piala FA dan piala Sumbangsih.Dua piala ne aku dah sentuh, ad 2 lagi piala yang akan aku sentuh, haha,, hope, 



Program abes kul 5 petang, ramai anak staff KADA yang comel-comel, haha.. gurau je.. masa macam ne aku nak beramah mesra dengan kawan cik na dan cik wan, berserta anak-anak mereka, haha.. Aku arap yang TRW akan terus mendapat piala untuk di bawa balik ke kelantan,  AMIN..

Monday, May 23, 2011

Petani Berjaya

Petani merupakan satu kerja yang menguji kesabaran. mane tak nye, pagi petang perlu ke ladang or kebun untuk memandi kan tanaman, menyuap kan baja tok mereka, mereka perlu di jaga ibarat menatang minyak yang penuh, baru menghasilkan habuan yang lumayan. Sekarang ne aku rasa aku dah tergolong dalam golongan petani la, haha.. Kehidupan sekarang ne hanya la makan, tido, p melawat ladang-ladang yang berhekta-hekta luas nye, selaen menjalan kan kerja rutin, korang xpayah nak tanya ape tu kerja rutin, sebab kerja rutin tu adalah kerja yang selalu korang lakukan.. Aku baru je dalam golongan ne, al-maklum la, aku baru 2 minggu berkecimpun dalam kerja macam ne, buat masa sekarang ne, aku bangga dengan keja aku sekarang ne.. aku rasa korang mesti dapat agak kerja ape yang aku maksud kan,, iya,,, aku jadi penaman anggur..
nak cakap bosan, ak xbosan kot jadi petani, baru 2 week, haha,, tunggu la beberapa hari lagi, mane takut-takut dalam dua, tiga hari lagi perasaan bosan tu datang kembali kepada diri ku, haha,,, aku pun malas nak membebel panjang-panjang,, cukup la setakat ini je,,

Tuesday, May 17, 2011

Bakit Asal

Jeng jeng jeng.... haha... saje je nak bikin hot hot panas gitu,, Tajuk pun dah bakit asal. klu korang tak tau apa itu bakit asal, meh ceq kabo mai,,, bakit asal tu boleh di sama erti kan dengan cerita tentang diri sendiri,, sebenar nye aku pun tak tau macam mane nak terang kan maksud sebenar bakit asal ne,, haha,, sory na,

Pada tahun ular, bertarikh 18 mei. di waktu subuh yang hening, di waktu semua orang sedang enak diulit mimpi yang indah, cik na telah melahir kan seorang anak yang amat cute, comel, sihat dan gebu.. cik na melahir kan dak itu di sebuah rumah yang terletak di Pengkalan Chepa, bayi yang comel itu adalah Prince Auta atau aku, haha.. Aku melihat cik wan begitu gembira kerana menyabut kehadiran orang baru.


Lepas tujuh tahun berlalu dari tarikh kelahiran, aku di sekolah kan di Sekolah Rendah Dato' Hashim 1, masuk je darjah 6, aku di pindah kan di Sekolah Rendah Tapang, bukan kerana masalah displin.. Aku budak baik la, baek punya, hehe,, aku berpindah kerana mengikut keluarga yang telah berpindah rumah, haha... Ne gambar aku darjah 6.
Dengan result yang cukup makan. aku memilih untuk sambung belaja di sekolah biasa-biasa je, sekolah yang menjadi pilihan aku adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Panji. Pada aku, walaupun sekolah itu nampak biasa, tapi di sekolah itu jugak telah mendidik aku dengan jaya nye sehingga berjaya dalam PMR. After PMR, aku mendapat tawaran untuk menyambung pengajian aku di MRSM Kuala Terengganu, 1st time berada di asrama, korang bayang kan perasaan tu macam mane,, hahaa.....
Sekali lagi, result aku yang hanya cukup-cukup makan, membuat kan aku membatal kan niat dan cita-cita ku untuk menjadi seorang doktor yang berjaya, (hanya la anggan-anggan).. Aku mendapat tawaran dari Matrik dan UiTM. Setelah pk sedalam-dalam nye, aku mengambil keputusan yang amat drastik untuk ke matrik. PAHANG here i go.. haha.... Setelah setahun berada di PAHANG, UiTM kembali menjemput aku,, kali ini aku tidak menghampa kan warga UiTM, yang telah memilih aku, walaupun masih ada yang lebih layak dari aku, 

3 tahun berada di UiTM, banyak pengalaman pahit manis telah di lalui oleh aku, best giler,, sekarang ne. aku berjaya menamatkan pengajian aku, walaupun bukan dengan 1st class degree, tapi aku bangga dengan hasil usaha aku sendiri.. aku tunggu masa untuk grad je la.. hahaha...
Tahun ne genap la umur aku 22 tahun, yang membuatkan aku jeles adalah, aku tidak dapat grad pada tarikh yang sama dengan tarikh hari jadi ku. tahniah kepada senior-senior aku yang akan grad pada 18 MEI 2011. jangan lupa wish besday ya,,, hadiah juga jangan lupa ya,,,

NOTE :
gambar yang aku dari berumur beberapa bulan hingga ke 22 tahun, xbanyak ngat beza nye..selamat hari jadi PRINCE AUTA.. haha

Sunday, May 15, 2011

Hari Cikgu

15 mei, adalah hari ahad. tinggal beberapa hari ag nak hantar report, tp p interview job... bosan la, xtau nak wat pe,, hahaha,, walaupun tajuk 15 mei, tapi ak nak post sal hari guru. haha. walaupun hari guru esok, aku nak post gak, biar r org nak cakap excited.. memang tengah excited pun. keraja cikgu or guru or teacher or sir yang membuatkan aku jadi aku sekarang, touching doe, jom kita dengar lagu yang selalu di nyanyi kan oleh cikgu di seluruh MALAYSIA


Tanpa guru, mungkin aku xkan aku berjaya, ( berjaya ke, agak r ) "tangan di atas dada" hehe,, Nak kata berjaya, belum berjaya sepenuh nye, tapi kerana jasa cikgu yang memdidik aku, dapat la abes kan aku punya degree dengan bangga nye, ok3,, poyo suda, haha,, 

Cikgu yang paling aku suka cikgu math, ak xtau la kena ape aku suka ngat cikgu math ne, nak kata baek, agak baek tapi yang pasti cikgu math ne garang, penah masa darjah 6, kami budak-budak darjah 6 cemerlang disuruh dan di arah kan membuat soklan 100++ sehari. banyak kan, kalau x wat, mesti dapat hadiah, samada kita terima hadiah tu di perut atau pun di muka, korang pilih la sendiri, hehe,, dulu aku budak baek tau, xde la nak auta macam ne, nakal dan noty macam ne,, dulu pijak semut pun xmati, hehe

zaman mula berlalu dengan pantas,, dari berjumpa cikgu yang bertauliah, aku jumpa lak cikgu yang kurang tauliah dan xde tauliah nye,, itu la lumrah kehidupan, hehe. Pepatah ada mengatakan bahawa sebaek-baek cikgu adalah pengalaman, makin lama kita hidup, makin banyak pengalaman kita bila makin banyak pengalaman makin banyak la cikgu yang mengajar kita..

last, aku nak ucapkan selamat hari guru kepada cikgu yang telah mengajar aku secara langsung atau tidak lansung tentang kehidupan dan dalam mana-mana subjek tak kira di Sek Ren Daro' Hashim 1, Sek Ren Tapang, Sek Men Keb Panji, MRSM Kuala Terengganu, KMPh, UiTM, terima kasih banyak-banyak,,

NOTE :
16 mei hari guru, 17 mei hari wesak, 18 mei besday aku, hahaha berjerujuk tu,,

Sunday, May 8, 2011

Tamat suda...

Hari ini, hari ahad, hari yang penuh bermakna bagi diri ku ini, ini kerana hari ni aku tamat belaja as a student. Best kot, setelah berpenah lelah belaja 3 tahun, iya just 3 tahun tok finish my 1st degree. (ceh bangga diri). suka hati aku la, aku nye blog kan, haha..  Dari budak nerd. nerd ke. haha.. tu tok permulaan sem la, sem 1. sepanjang 3 tahun belaja, banyak pengalaman yang dapat di peroleh, Ia banyak mengajar aku tok jadi insan yang lebih berguna, insaf jap, haha..

sepanjang 3 tahun ne gak, aku jumpa pelbagai perangai dan sifat manusia, orang selalu ckp, don't judge book like it cover, kadang-kadang benda ni ad yang xbetol nye, most of the time, betol.. sal ne ak malas nak komen lebih-lebih, terlalu sensitif kot sal ne, nanti xpasal-pasal sampai kau umah ne surat saman, haha,, mana mau cekau duit doe, ingat sikit ke saman menyaman ne,, no komen.

hari ini gak, ramai yang sambut hari ibu, kepada mak aku, selamat hari ibu ya, thanks for everything. haha... xsalah sambut hari ibu, tp bagi aku la, setiap hari adalah hari ibu,

Wednesday, May 4, 2011

Anak Ikan,,

topik yang agak hangat pada hari ne,, ntah kenapa aku nak tulis sal anak ikan, hehe,,, nak cakap cita-cita, xde r, xpenah sepanjang aku hidup selama 22 tahun ne bercita-cita nak jadi anak ikan, sepanjang 22 tahun hidup ne, cita-cita aku berubah-ubah, memang x tetap pendirian sungguh. ada la dalam 5 or 6 cita-cita, tapi sekarang ne, macam xde cita-cita lak,, haha... stop about it, aku bukan nak cakap sal cita-cita. tok cita-cita laen post ad la, waktu sekarang ne hanya sal anak ikan, (^_^)

Aku tertarik dengan cerita kawan aku, aku nama kan dia hafiz (BUKAN NAMA SEBENAR) or tok lebih senang tulis, malas nak tulis panjang-panjang, aku just taip H je tok mewakili hafiz, hehe,,, H ne dulu model kat brazil. international tu. haha,,, menurut dia, anak ikan ne bukan sahaja di miliki oleh datin-datin, but dato'-dato' juga ad yang pelihara anak ikan, hehe,, biasa nye anak ikan ne hanya la tok LELAKI je, kalau PEREMPUAN org xpanggil anak ikan tp di panggil perempuan simpanan, so bila dato' memiliki anak ikan, paham-paham je la.. hehe,, YES. memang ade dato' puan, tapi jumlah nye hanya cikit je kalau nak di bandingkan dengan jumlah dato' lelaki. 

Kerja nye senang je, layan bapak or mak ikan. tu je kerja, bunyi je senang, tapi yang kena menjalan kan kerja tu or pekerja or anak ikan tu amat susah, hehe.. malas nak cite sal keja mereka, kamu semua yang baca mesti dah old enough to know think about it. haha korang msti bijak nye, so lu pikir la sendiri. 

Sejak akhir-akhir nye, aku selalu bergurau tentang anak ikan ne dengan member aku, haha... tapi semua tu hanya la gurauan tok ilang kan tension nak siap kan report. xde lebih dari tu, haha... tapi orang tua-tua cakap if kita cakap benda tu lebih dari 40 kali, it will be reality, iya atau tidak, xtau r,, as you know, ape yang dorg cakap tu ade yang betol dan ade yang xbetol. so tok elak kan it be reality. aku akan kira ape yang aku gurau kan itu xlebih dari 40 kali, haha,,, ye ke kira, macam xcaya je, biasa nye aku kan cakap dalam range 30-35 je.

NOTE :
jangan salah kan mereka yang terlibat, mesti ade sebab semua yang berlaku, itu hanya la gurauan di waktu bosan, (^_^)

Sunday, May 1, 2011

Why ??????

Pergh, tajuk in English seh. Macam la power sangat BI.Wat report pun mintak tolong orang check kan, Bersesuaian dengan  tajuk kan why. tapi sebelum tu, aku nak ucap kan selamat hari pekerja kepada semua pekerja yang berada di seluruh dunia, yang menganggur xdapat la ya ucapan dari aku, hehe

ok3,,, berbalik kepada tajuk aku tadi kan, Why, iya la kan,, pekerja ada hari siap buleh cuti ag. ibu dan bapa tu xpayah la cakap. memang patut ade hari untuk mereka, mereka yang membesar kan kita, so pelu ada hari cuti tok hari ibu dan hari bapa. Ne x, bagi hari cuti xkepada hari yang x sepatutnye,, hehe,, yang xpuas hati nye, hari tok pelajar xde ke, kami sebagai pelajar yang penat belajar, perlu ad hari khas tok cuti dan dari dihargai, hehe. baru ad semangat nak belajar, pastu baru tiap-tiap sem dapat DL je, pergh, 

Penyakit pun ad hari tok mengingati penyakit tu, pe kes, yang xleh bla nye, tahun lepas 31 julai 2010, America telah mengadakan hari tari kebangsaan. tarian pun ad hari doe, bes ke, lu pk la sendri, haha.... penyakit yang paling bahaya di dunia ne sebab belum ad ubat nye ag pun ad hari nye, hari HIV/AIDS tu,, klu Malaysia je xpe, ne sedunia tu, pe kes, hehe.. 

xkisah la hari apa-apa pun, yang penting dalam seminggu tu ada 7 hari, hari jumaat, sabtu, ahad, isnin, selasa, rabu dan khamis, jangan ada hari yang kurang dan lebih, selamat bercuti ya, hee