Sunday, August 8, 2021

Covid Is Real

Selamat Pagi dan Salam Sejahtera.

Dah nak masuk 2 tahun kita hidup dengan covid ne kan. tapi masih ada yang orang xcaya. Dari jumlah kes puluhan sehari ke belasan ribu sehari. masih ada yang menyatakan covid nia alalah satu konspirasi yang direka untuk menakut-nakutkan rakyat. what the ........

Duk scroll WhatsApp's status ari ne, ak tertarik dengan satu post yang dipost, yang duk cakap yang sekarang baru nak sedar yang covid real disebabkan yang dapat covid ne adalah VIP / instafamous / celebrity. lagi satu whatttt... 

Ok la,,,, iya aku ne salah sorang covid survivor. aku sendiri pun dapat nak recall dekat mana aku boleh dapat covid, sebab 3 minggu sebelum aku disahkan sebagai pesakit covid, aku hanya duk dirumah dan hanya keluar bile perlu iaitu pergi kerja and beli barangan keperluan. last-last aku dapat sakit ne. masa mula-mula dapat result macam tak caya yang aku boleh dapat sebab SOP semua jaga. yang bersyukurnye semua yang rapat dengan aku hanya perlu kuarantin sebab close contact dengan aku dan result diorang adalah negative.

aku duk berkurung dalam bilik selama 4 hari sebelum kena p ke CAC Stadium Melawati untuk assessment. lepas siap assessment tu, aku diarahkan untuk ke MAEPS, g naek bus k, ramai-ramai. macam rombongan nak ke MAHA.. hahaha... sampai je MAEPS tu, aku kena diarahkan turun dekat 1 hall untuk checkup lagi, dekat sana aku dapat tau yang aku ada radang peparu sikit. biasa la ayat nak sedapkan diri. haha. actually, aku ada covid state 3 kot. duniaku gelap kembali. haha,,, aku duk dekat sana dekat 9 hari gak, biasa la dah sakit, selagi xbaik mane boleh keluar kan. so bertahan la.. total kuarantin aku dekat 13 hari gak.


Petugas dekat sana tiap masa akan pantau pesakit, ada yang ambil darah, xray, tekanan darah and so on.. service yang diberikan adalah tiptop. amat puas hati. korang jangan duk kecam dorang sangat. klu dorang tinggi suara tu, faham la, dorang pun manusia biasa, penat, kena pakai PPE 4 - 5 jam, pastu duk layan kerenah korang yang ntah pape. ada yang ok, ok la. klu dapat yang perangai ala-ala diva. adoi,, 

lepas dapat keluar dari sana, lagi la aku jaga SOP, takut kot, padahal dalam badan dah ada virus tersebut. aku ada baca 1 article yang menyatakan orang yang kena covid ne secara teorinya virus akan ada dalam badan selama 3 bulan. cuma virus tu tidak akan menjangkiti orang lain. jangan risau ya, korang selamat bersama dengan covid survivor (insyaALLAH)..

Nasihat aku pada orang yang dah disahkan positive adalah:

1. Berfikiran positive

2. Jaga / Pantau kesihatan anda  

3. Ambil supplement untuk menguatkan imunisasi badan


Bile dah lama xmenulis ne aku jadi blur,, hahah,, dah xtau nak tulis ape, tapi yang penting covid itu memang wujud. so ambil langkah yang sewajarnya untuk mengekang penularannya. seperti, patuh SOP, ambil vaksin dan lain-lain.