Tuesday, August 9, 2011

Wanita lebih ramai??

Surat khabar berita harian yang bertarikh 30 julai yang bertajuk wanita banyak pilihan, haha,,, Ape yang dimaksudkan dengan wanita banyak pilihan ialah jumlah lelaki lebih ramai dari jumlah wanita. Dulu ramai yang cakap lelaki ni sikit je, tapi pandangan tu dah salah pada tahun 2011..

Sekarangan ne penduduk Malaysia berjumlah 28.3 juta. 14.56 juta adalah lelaki dan 13.77 juta adalah wanita. beza 0.79 juta, banyak tu, bukan cikit, rasa nye kalau letak 0.79 juta tu kat negeri paling kecik kat Malaysia ne, kita boleh cakap yang negeri tu negeri lelaki, haha,,,  lelaki telah atasi perempuan dengan nisbah 106 : 100. Negeri yang paling ramai lelaki ialah negeri Pahang.

semua data ne diperoleh dari Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010. Banci ini dijalankan setiap 10 tahun, So next bancian adalah 2020. lambat ag tu,, ada 9 tahun ag, Bancian ini di jalan kan oleh jabatan perangkaan negara. kalu korang nak tau ape itu jabatan perangkaan, korang p je kat jabatan perangkaan negeri or p kat website untuk mendapat more information, haha,, aku malas nak terangkan, aku ne memang pemalas yang paling tegar, hehe

Walaupun jumlah lelaki lebih ramai, tapi wanita lebih mendominasi kecemerlangan dalam bidang pendidikan serta kemasukan ke institusi pengajian tinggi. Tunggu la result bancian 2020 nanti, result pasti akan menunjukkan yang lelaki pula yang akan mendominasi kecemerlangan, haha..

No comments:

Post a Comment