Tuesday, April 28, 2020

Paycut

Hai,,

Dah nak masuk bulan baru, bagi yang kerja mesti dah dapat gaji kan, terutama kakitangan kerajaan. dorang punya gaji awal. sama je gaji awal ke lambat. cukup masa masuk, cukup masa abes. bergantung pada korang berbelanje. Macam aku dulu gaji setiap 25Hb, ada masuk awal if ada keperluan (perayaan selalunya). tapi sekarang setiap 28HB, tak kira la raya ke. masa awal-awal dulu agak susah nak bajet walaupun hanya 3 hari beza. hahaha...

Hari ne aku bukan nak cite pasal tarikh gaji, aku nak cite pasal gaji. sejak covid datang melawat Bumi sekarang ni, kehidupan rakyat Bumi makin susah. kesan yang paling besar dari lawatan tersebuat adalah ekonomi. ia la, macam mane nak dapat duit untuk menampung segala perbelanjaan dan komitmen yang dah sebati dengan diri. hihihi.. 

Banyak syarikat yang terpaksa aktifkan Cost Control Management (CCM) hanya untuk survive. antara  CCM yang telah dijalankan adalah:
                              1. Paycut
                              2. Unpaid leave
                              3. Headcount reduction
                              4. shorted work week.
                              5. lain-lain

tapi yang paling femes adalah paycut. erm,,,,, macam mane nak komen pasal ne.. hahaha... 

ok, sambung, bagi aku la, if takde cara lain, baru boleh buat potongan gaji. tu pun kena berperingkat. bukan main potong je. mau mati la., hihihi.. klu ikot sedikit ilmu yang aku ada, setiap syarikat kena ada simpanan sekurang-kurang enam (6) bulan untuk menampung kos operasi. sekiranya takde 6 bulan simpanan tersebut. try la cari usaha lain untuk membantu staff selagi dari potong gaji. if semua cara dah tak dapat. nak buat macam mane kan. terpaksa la potong. tapi ko jangan la kasi potong sama rata dari top management ke kerani jumlah sama je. kesian orang bawah. 

Padangan aku, buatlah study dulu pasal kesan ape yang akan terjadi nanti. bukan semua orang senang. walaupun akan ada yang cakap syukur masih kerja and dapat gaji. untuk ape dapat gaji tapi still xdapat nak dapat bayar segala komitmen. bukan boleh potong macam tu je komitmen yang ada. syukur dan kelangsungan hidup dua perkara yang berbeza.

aku ada dengar orang tak mampu nak bayar duit sewa rumah, bagi sesetengah orang sewa RM180 sebulan bukan satu nilai yang besar. tapi ada orang hanya masih tak mampu nak bayar duit sewa rumah since tak dapat bekerja. gaji hari katanya. 

since aku tak tau nak bebel ape lagi pasal ne, aku stop dulu la ya... bahaya komen lebih-lebih pasal ne... hahaha,,

No comments:

Post a Comment